Umum mengetahui Thailand adalah negara Asia Tenggara pertama yang membenarkan penggunaan kanabis untuk tujuan rekreasi. Ini adalah selepas negara Gajah Putih itu mendekriminalisasi dadah yang dibuat dari daun ganja pada tahun lalu.

Screenshot 2023 09 16 At 2.31.09 Pm

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri baharu Thailand, Srettha Thavisin pada Jumaat menyatakan bahawa pendtadbirannya mebantah penggunaan kanabis untuk tujuan rekreasi, namun akan meneruskan dasar penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan.

Dasar kanabis kekal dengan tujuan perubatan, Tentang penggunaan secara rekreasi, saya tidak bersetuju mengenainya” – Perdana Menteri Thailand

Memetik laporan Astro Awani, dalam tempoh seminggu selepas langkah pendekriminalisasian itu dibuat, pelbagai isu timbul mengenai pengguaan yang tidak terkawal. Ini termasuklah penggunaan kanabis dalam kalangan kanak-kanak.

Screenshot 2023 09 16 At 2.31.19 Pm

Untuk rekod, industri kanabis Thailand dianggar bernilai USD1.2 bilion (bersamaan kira-kira RM5.6 bilion) menjelang beberapa tahun akan datang. Dengan ribuan perniagaan berkaitan industri itu muncul, ramai pelancong dari luar negara telah berkunjung ke Thailand untuk merasai sendiri pengalaman menikmati tumbuhan itu secara rekreasi.

 

Baca: Wanita Singapura Tersalah Makan Sup Di Thailand, Ingatkan Kangkung Rupanya Daun Ganja

Screenshot 2023 09 16 At 2.29.59 Pm

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *