apmm uai perarakan merdeka

Kali Ni Kena Tarik Dengan Pasukan APMM, UAI Sekali Lagi Jadi Tumpuan Ketika Perarakan Merdeka

Tahun lepas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) telah menjadi tumpuan semasa sambutan Hari Kebangsaan apabila beberapa pegawai bomba dan APMM sanggup keluar baris untuk bergambar dengannya.

Pada tahun ini pula, penangan UAI bukan hanya mempengaruhi pasukan perbarisan kontinjen bomba dan penyelamat. Pasukan daripada kontinjen Angkatan Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut mengambil kesempatan untuk bergambar dengan pendakwah bebas itu.

Secara umumnya, sambutan Kemerdekaan yang ke-66 telah berlangsung dengan sangat meriah dan gilang gemilang di beberapa kawasan.

Terdapat pelbagai acara termasuklah perarakan dari badan unit beruniform, aset-aset pertahanan negara dan sebagainya.

Detik bersejarah itu juga turut dikongsikan oleh orang ramai menerusi platform media sosial, bagi memateri kenangan tersebut untuk terus segar dalam ingatan.

Sudah semestinya, fenomena ‘Abang Bomba’ pada tahun lepas menyebabkan kontinjen tersebut sering dinanti-nantikan pada setiap acara perbarisan.

Penangan UAI, Abang Bomba dan APMM keluar barisan untuk bergambar dengannya

Berbeza pula dengan sambutan Hari Kebangsaan di Kuala Terengganu, nampaknya ‘Abang Bomba’ lebih terpukau dengan kehadiran susuk UAI dalam acara tersebut.

Menerusi hantaran TikTok kiriman pengguna Anas Auf (@anasauf2023) dan Pokwan17 (@kuwang88) baru-baru ini, pendakwah bebas tersebut dilihat sedang mengambil gambar kontinjen Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan menggunakan telefon pintarnya.

UAI juga turut sempat melambaikan tangannya terhadap pegawai-pegawai bomba yang terlibat dalam perbarisan terbabit. Seperti tahun lepas, mereka bertindak keluar barisan dan bergambar bersama susuk pendakwah tersebut.

Tidak sampai beberapa minit kemudian, UAI telah ‘diculik’ untuk bergambar bersama dengan ahli-ahli perbarisan dari kontinjen APMM pula.

@anasauf2023

2023 pun tak kurang meriahnya buat @Ustaz Azhar Idrus #merdeka #uai #abangbomba #abangaskar

♬ 31 Ogos – Dato’ Sudirman

@kuwang88

MERDEKA 2023 Uai bersama rakyat terengganu #fyp #fypppppppppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #CapCut

♬ 31 Ogos – Dato’ Sudirman

Ketika bergambar bersama-sama ahli-ahli perbarisan, UAI yang segak mengenakan jubah berwarna kelabu kelihatan mesra melayani telatah orang ramai.

Pendakwah tersebut juga dilihat mesra berjabat tangan dengan pegawai-pegawai dari unit badan beruniform yang terlibat dalam acara tersebut.

Imbas kembali, tular rakaman detik-detik lucu abang bomba yang sedang menjalankan acara perarakan berhenti dan menyerbu UAI, semata-mata untuk memberi salam dan bergambar dengannya pada tahun lalu.

Ustaz Azhar Idrus juga turut kelihatan terkejut apabila diserbu sekumpulan ahli pasukan bomba ketika dirinya sedang duduk sambil asyik menonton acara tersebut.

Dalam masa yang sama, penonton-penonton lain turut kedengaran ketawa kerana terhibur dengan telatah mereka.

BACA: Ira Kazar Dedah Resepi Buat Sambal Sotong Kegemaran Suaminya, “Nak Lagi Ngam, Letak…”

Sumber: @anasauf2023 & @kuwang88 via TikTok

The post Kali Ni Kena Tarik Dengan Pasukan APMM, UAI Sekali Lagi Jadi Tumpuan Ketika Perarakan Merdeka appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *