“Belajar tinggi-tinggi end up masuk dapur jugak!”

Ungkapan ini sering dimomok-momokkan kepada wanita zaman sekarang yang berlumba-lumba mengejar cita-cita mereka. Ada segelintir orang berpendapat bahawa wanita tidak perlu belajar hingga ke menara gading kerana mereka akan menjadi suri rumah selepas berkahwin.

Artikel berkaitan: “Thats why bagi hantaran tinggi kat perempuan educated” – Baru Umur 3 Tahun, Kebijaksaaan Yusuf Iskandar Tarik Perhatian Ramai

Artikel berkaitan: “Cantik & bijak” – Ini 4 Fakta Tentang Doktor Muda Lavanya Sivaji, Wakil M’sia Untuk Miss World 2021

Namun begitu, stereotype tersebut mestilah diubah kerana wanita zaman ini perlukan critical thinking untuk mendidik anak-anak mereka. Sama seperti apa yang dikatakan oleh seorang influencer, Hazeman Huzir.

Baru-baru ini, Hazeman ada memuat naik satu video pendapat dirinya tentang “Apa guna perempuan belajar tinggi-tinggi? Sudahnya jadi suri rumah.” Video yang menjadi viral di platform TikTok itu menjadi bualan orang ramai termasuklah para wanita.

@hazemanhuzir

Kenapa perempuan zaman sekarang tak letak nilai yang tinggi pada diri sendiri?

♬ original sound – Hazeman Huzir – Hazeman Huzir

Hazeman berkata, wanita perlulah berpendidikan walaupun hanya menjadi suri rumah kerana merekalah yang akan mendidik anak-anak. Jika didikan yang diberi oleh ibu yang berpendidikan tinggi, maka anaknya pasti akan mendapat tempias yang sama.

Selain itu, Hazeman berpendapat sebegitu ekoran banyak kes perceraian yang berlaku pada masa ini. Malangnya apabila bercerai, si ayah tidak bertanggungjawab maka kebanyakan ibu perlu memegang tanggungjawab ‘bapa’ untuk membesarkan anak-anak mereka.

Hazeman juga ada memuat naik video yang sama di platform X dengan kapsyen jika wanita mempunyai higher education, ia tidak menjadi masalah kerana anak akan mendapat tempias kebijaksanaan itu termasuklah street smart.

Menurut laman web WhiteBarleystreet smart adalah golongan yang kebanyakannya belajar dan mendapat ilmu melalui pendidikan tidak formal seperti survival mentality dan common sense yang tinggi.

Tambah Hazeman, silibus pembelajaran di sekolah kini agak sukar yang memerlukan penyelesaian secara critical thinking. Oleh itu, ada sebab kenapa wanita disarankan untuk berpendidikan tinggi. Di akhir video, Hazeman ada berpesan kepada wanita agar tidak ‘bodoh’ memilih cinta agar tiada benda buruk yang berlaku pada masa akan datang.

Menyingkap di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Hazeman mengenai hal ini.

Haze 5

Sumber: TikTok, X

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *