Bila kita sebut tentang aktiviti berkelah, lokasi seperti di tepi pantai, taman, kawasan air terjun akan muncul di fikiran kerana tempat-tempat tersebut merupakan lokasi yang sering menjadi pilihan orang ramai untuk berkelah.

Namun, pasangan dari Amerika Syarikat ini pula nampaknya memiliki keberanian luar biasa kerana mereka pula telah berkelah sambil meja mereka tergantung di ketinggian 295 kaki di udara!

Memetik laporan Mail Online, wanita yang dikenali sebagai Christianna dan teman lelakinya baru-baru ini telah berkongsikan video mereka sedang ‘berkelah’ di lokasi yang luar biasa itu.

Dalam video tersebut, dapat dilihat meja dan kerusi yang diduduki oleh mereka telah tergantung pada tali atau kabel zipline di atas kawasan air terjun.

Video berkenaan sudah tentu meraih pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya seriau melihat mereka selamba duduk di atas ketinggian 295 kaki di udara itu.

Namun, dalam masa yang sama, ada juga yang memuji keberanian pasangan terbabit.

1 6

Difahamkan, lokasi air terjun itu ialah di Cascata da Sepultura iaitu di Brazil.

Walau bagaimanapun, Christianna berkata kepada media MailOnline bahawa pengalaman berkelah di atas angin itu tidak membuatkannya takut kerana sebelum itu, dia juga telah melakukan aktiviti cliff-jumping.

Dia memilih untuk melakukan aktiviti berkelah di tempat tinggi itu kerana mahu mencuba sesuatu yang lain dari yang lain di Brazil.

3 3

Memang adrenaline junkie dia ni! 

Namun, dalam video tersebut, dapat dilihat juga bahawa mereka berdua juga telah memakai body harness untuk keselamatan. Yang macam orang pakai untuk main zipline tu. 

Sumber: Mail Online

Baca: 8 Penumpang Berdepan Detik Cemas, Kereta Kabel Tersangkut 15 Jam Di Pakistan

Kereta Kabel Tersangkut

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *