Baru-baru ini dua pelakon terkenal dan berbakat, Diana Danielle dan Farid Kamil dikatakan dalam fasa berbaik.

Selepas tular gambar mereka jalan berdua-duaan di sekitar Mont Kiara pada minggu lepas, ramai netizen mula tertanya-tanya adakah Diana dan Farid akan bersama semula?

Menurut Sinar Harian, dalam gambar tersebut jelas dilihat mereka mesra berpegangan tangan di tempat awam.

Terbaru, satu video memaparkan Diana Danielle dan Farid Kamil duduk bersebelahan ketika menjayakan sebuah program di restoran telah menarik perhatian umum. Melalui salah satu Instagram story Farid ia memaparkan bekas isterinya, Diana sedang ditemu bual dan disertakan sticker emoji lelaki yang sedang dilamun cinta.

Diana 1

Walau bagaimanapun, di Instagram Story yang lain, Farid juga repost beberapa story peminatnya yang juga memaparkan kemesraan dua pelakon terkenal itu.

Dalam hantaran klip pendek di Instagram Budiey Channel, ia memaparkan Diana Danielle dan Farid Kamil seolah-olah memberi bayangan kepada umum bahawa mereka dalam proses berbaik semula.

Walaupun ia satu musibah, sebenarnya kalau dilihat ia merupakan satu nikmat juga. -Farid Kamil

Menyingkap di ruangan komen, rata-rata netizen rasa teruja dengan mereka berdua. Ramai yang mendoakan moga pasangan selebriti ini dipermudahkan urusan untuk bersama semula sebagai suami isteri.

Diana 2

Diana 3

Diana 4

Sebelum ini heroin filem Imaginur, Diana Danielle dan pasangannya Farid Kamil sudahpun bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2023 yang lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Pada waktu itu juga, Farid memaklumkan bahawa dia tidak merancang untuk rujuk dan menerima dengan hati yang terbuka.

Kita doakan Farid dan Diana dipermudahkan urusan mereka ye!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *