Pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohamad Saiful menyatakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dua individu yang menyebarkan fitnah terhadapnya.

Menurut Syed menerusi sidang media hari ini, dia tidak boleh berdiam diri selepas tular satu video yang disifatkan sebagai kenyataan berbaur fitnah yang turut mengaitkan keguguran yang dialami oleh isterinya, Nurul Hana.

“Apabila kenyataan awal itu diterbitkan semula dan dikaitkan dengan keguguran kandungan isteri saya, saya tidak boleh berdiam diri lagi kerana ini adalah sesuatu yang amat melampuai batas.

Screenshot 2023 08 28 174345

“Hal ini merupakan suatu fitnah terhadap saya. Dia juga dilihat seolah-olah cuba mengambil kesempatan di atas kesedihan yang dialami oleh saya dan isteri.

“Hal ini merupakan satu kenyataan salah yang sengaja diada-adakan. Sehubungan itu, saya telah mengarahkan peguam saya untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Nurul Atiqah dalam kadar yang segera,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Sebelum ini, Nurul Atiqah telah memuat naik video mengenai kes rogol yang membabitkan Da’i Syed dengan menggunakan nama @chempakasuri97 di TikTok.

Wanita yang mendakwa mangsa rogol kepada pendakwah itu juga turut mengaitkan keguguran isterinya sebagai kifarah di atas perbuatannya sebelum ini.

Dalam pada itu, Syed juga akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap wanita yang bernama Ainun Najwa disebabkan fintah yang telah diterbitkannya pada 23 November 2021.

Jelasnya, dia telah membuat laporan polis terhadap wanita tersebut, namun individu berkenaan dilihat masih membuat fitnah terhadap dirinya.

April lalu, Syed telah dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan melakukan jenayah seksual terhadap seorang wanita, hampir empat tahun lalu.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap pendakwah terbabit.

Baca: Gempak

Baca: “Keturunanmu juga akan merasa kifarahnya” – Wanita Didakwa Mangsa Rogol Pendakwah Terkenal Respon Pasal Isteri Keguguran
Ft Mangsa Rogol Pendakwah

Sumber: mStar

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *