Seorang juruterbang dilaporkan meninggal dunia selepas rebah di dalam tandas pesawat Latam Airlines. Difahamkan, pesawat tersebut dalam perjalanan dari Miami ke Santiago, Chile.

Pada hari kejadian, Kapten Ivan Andaur dilaporkan berasa tidak sihat selepas tiga jam kapal terbang berlepas. Dia kemudiannya rebah di bilik air, lalu menerima rawatan daripada anak kapal. Penerbangan itu dilaporkan mengambil masa 30 minit untuk melencong ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tocumen di Panama City.

Selepas mendarat, pasukan kecemasan mengisytiharkan Andaur, seorang juruterbang veteran berpengalaman 25 tahun, telah meninggal dunia. Pesawat yang membawa 271 penumpang itu selamat mendarat dan tiada kemalangan lain yang dilaporkan.

Pihak Latam Airlines berkata dalam satu kenyataan, pihaknya bersedih dan mengucapkan takziah kepada pihak keluarga.

“Latam Airlines Group melaporkan bahawa penerbangan LA505 yang berada di laluan Miami-Santiago, terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tocumen di Panama City, kerana kecemasan perubatan untuk seorang daripada tiga kru komander.

“Apabila pesawat itu mendarat, perkhidmatan kecemasan bergegas ke dalam pesawat, namun juruterbang itu disahkan sudah meninggal dunia,” kata Latam Airlines dalam satu kenyataan.

Untuk rekod, Amerika Syarikat menetapkan juruterbang penerbangan memerlukan sijil perubatan yang wajib diperbaharui setiap tahun untuk individu di bawah 40 tahun. Manakala, setiap enam bulan buat mereka berumur 40 tahun dan ke atas.

Kredit: Berita Harian

BACA: Minum Kopi Punya Pasal, Dua Juruterbang Digantung Tugas

Cats 66

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *