Nama Dato’ Seri Siti Nurhaliza bukanlah nama asing dalam industri muzik tanah air, beliau sudah pun bertapak dalam industri ini hampir 30 tahun malah dia juga diberi gelaran penyanyi nombor 1 Malaysia.

Baru-baru ini, Dato’ Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tok Ti membuat persembahan di TikTok Award Malaysia yang julung kali diadakan di Malaysia dengan membawa buah tangan terbarunya yang berjudul Magis.

@epizahari

mcm biasa suara tak menghampakan Siti Nurhaliza tetap bagi yg terbaik credit video Twitter @BAD_ARSILA .. @Siti Nurhaliza #sitinurhaliza #sitizoner #sitinurhalizagallery #fypシ #foryoupage #masukberanda #TikTokAwardsMY

♬ bunyi asal – Epi_CT – Epi_CT

Lagu tersebut ialah salah satu lagu dari album terbarunya, Sitism, lagu yang bertempo laju itu dinyanyikan oleh Tok Ti dan diiringi dengan beberapa orang penari.

Namun dalam satu perkongsian video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, terdapat seorang netizen yang mengkritik cara tarian Tok Ti.

Cats 77

Pun begitu, penyanyi nombor 1 negara itu tidak melatah sebaliknya ‘mengajar’ dengan membalas komen individu tersebut dan memberitahu nyanyiannya akan terganggu jika menggunakan kedua-dua belah tangannya untuk menari.

Cats 78

“Janganlah complicated sangat yek, gerak tari ikut kemampuan sebab menyanyi dengan tempo yang rancak,” tulisnya.

Sebagai info, album Sitism ini mempunyai 8 buah lagu dan merupakan album ke-20 Dato’ Seri Siti Nurhaliza.

Baca: “70K penonton!” – Siti Nurhaliza, A.R Rahman & Blackpink Antara Konsert Dengan Penonton Teramai Di SNBJ

Penonton Snbj

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *