tudung rosak dryer

Jangan Panik, Cara Selamatkan Tudung Rosak Sebab Masuk “Dryer”, Jadi Elok Macam Asal

Kebanyakan tudung yang dipakai oleh golongan wanita diperbuat daripada fabrik voile. Sinonim dengan nama timangan ‘tudung bawal’, tudung berbentuk segi empat ini antara jenis tudung pilihan utama bagi mereka yang mengenakan hijab.

Tudung bawal sesuai untuk dipakai untuk pelbagai situasi, sama ada tujuan formal ataupun tidak formal. Selain itu, tudung bawal juga mudah digayakan dan dalam kebanyakan masa, sesuai dengan bentuk muka pemakai.

Fabrik voile pula diperbuat daripada 100 peratus kapas atau campuran kapas dan linen bersama. Bahan-bahan ini akan membenarkan udara melalui fabrik ini.

Maka tidak hairanlah jika pencinta tudung bawal memang setia untuk mengenakan tudung ini. Hal ini kerana, tudung jenis ini memberikan keselasaan kepada pemakai, walaupun pada hari yang sangat bahang.

Walau bagaimapaun, disebabkan tudung jenis ini diperbuat daripada kapas, maka fabrik ini amat sensitif dengan haba yang sangat tinggi.

Menurut Tissura, fabrik jenis ini perlu dicuci dengan menggunakan kaedah cucian tangan dalam air sejuk. Ketika dikeringkan, anda perlu membiarkan tudung ini kering secara semula jadi.

Tudung voile juga perlu diseterika pada suhu yang rendah. Jika tidak, terdapat kemungkinan tudung tersebut akan rosak, lagi-lagi voile jenis kapas tulen.

Namun, lumrah manusia adakalanya berlaku kesilapan atau terlepas pandang. Antara kesilapan yang boleh berlaku adalah tidak sengaja mengeringkan tudung jenis ini di dalam mesin pengering.

Akibatnya, permukaan tudung menjadi rosak dan hampir pasti tidak dapat digunakan lagi. Kesan kedutan pada tudung sukar hilang walaupun selepas diseterika beberapa kali.

Tiada pilihan, tudung mungkin terpaksa dilupuskan begitu sahaja ataupun ditukar fungsinya.

Ada cara untuk selamatkan tudung rosak akibat dimasukkan dalam dryer secara tidak sengaja

Namun jangan risau, anda tidak lagi perlu untuk membuang tudung voile anda jika berhadapan dengan situasi seperti ini.

Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Cik Popo (@hernisazila) telah berkongsi tips untuk menyelamatkan tudung yang rosak akibat termasuk dalam dryer.

Jelasnya, tip-tip ini telah dijumpai di Facebook dan berjaya menyelamatkan tudungnya yang rosak akibat dimasukkan dalam mesin pengering tanpa sengaja.

Pertama sekali, anda perlu membekukan tudung yang rosak di dalam peti sejuk buat seketika.

Selepas memasukkan tudung tersebut dalam peti sejuk dalam masa tertentu, keluarkan tudung tersebut dan cairkan ais-ais yang terdapat pada tudung tersebut.

Akhir sekali, basuh tudung berkenaan dengan menggunakan tangan dan jemur pada ampaian seperti biasa.

@hernisazila

Masih boleh diselamatkan . 😍🤲🏻😆#pakaianperempuan #tiktokmalaysia #TictopFashion #racunbelanja #haulbelanja #bawaleksklusif #ReviewProduk

♬ Not You – Alan Walker & Emma Steinbakken

Anda akan mendapati tudung tersebut kembali kepada keadaan asal dan boleh digunakan semula. Selamat mencuba.

BACA: Siap Ada Taman Permainan & Hotel Kapsul, Terpukau Melihat Kemudahan Di Masjid MADAD

Sumber: @hernisazila via TikTok, Tissura

The post Jangan Panik, Cara Selamatkan Tudung Rosak Sebab Masuk “Dryer”, Jadi Elok Macam Asal appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *