Pada September depan, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memulakan Jelajah Kembara Borneo yang dijadualkan bermula di Sabah.

Menurut Utusan Malaysia, baginda katanya bakal merasai sendiri pengalaman memandu di Sabah yang mana sebahagian darinya diibaratkan seperti ‘jalan menuju ke bulan’. Uish! 

Tular video jalan raya gigih dibaiki 

Susulan kembara berkenaan, tular di TikTok sebuah video memaparkan pihak berwajib sudah memulakan usaha untuk memperbaiki jalan raya di negeri tersebut.

Rata-rata petugas kerja raya dilihat gigih bekerja dalam melakukan penurapan dan membaiki jalan yang berlubang serta rosak di sekitar Sabah yang bakal menjadi laluan baginda pada minggu hadapan.

@as_ann24

Harap YDPA lawat SABAH tiap tahun ..jadi jln d sabah boleh jadi macam DUBAI ,😅😅 #sabahmajujaya #TqYDPA #jalanrayasabah

♬ bunyi asal – Ayuk kusuma – Ayuk kusuma

Pemilik video juga dalam nada sindiran berharap Yang di-Pertuan Agong dapat melawat Sabah setiap tahun agar jalan-jalan di sana dapat dibaiki dengan pantas demi kegunaan penduduk setempat.

Terima kasih YDPA bawa perubahan untuk negeri Sabah,” tulisnya.

Video berkenaan mendapat pelbagai komen netizen yang menyokong agar pihak berwajib dan orang kenamaan untuk kerap berkunjung ke negeri itu supaya lebih banyak infrastruktur negeri dapat dinaik taraf.

Sabah Baiki Jalan

Terdahulu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, Seri Paduka akan mengadakan jelajah berkenaan bermula 3 September ini selama beberapa hari di sepanjang laluan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) dari Tawau ke Kuching, Sarawak.

Jalan yang dilalui oleh baginda juga sama seperti laluan yang digunakan orang biasa dan pembinaan lebuhraya ini juga katanya masih belum siap sepenuhnya serta tidak sempat disiapkan sempena lawatan Agong kerana projek ini hanya akan siap pada Ogos 2024.

Baca: “Rasa susah jadi orang Sabah di Semenanjung” – [VIDEO] Wanita Menangis Tiket Flight Terlampau Mahal

Saabah

Sumber: TikTok

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *