Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila sebuah premis makanan yang menjual nasi claypot yang popular di TikTok ditutup setelah pemiliknya dikatakan menggunakan wain beras atau wine rice dalam menu claypot rice yang merupakan menu popular di kedai berkenaan.

 

Ini telah menyebabkan ramai terkejut kerana ramai juga orang Muslim yang berkunjung ke sana untuk merasai sendiri menu popular itu.

Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM kemudiannya tampil menjelaskan bahawa kedai tersebut sebenarnya tidak mempunyai sijil halal.

7 2

Menerusi kenyataan JAKIM di Facebook semalam, Bahagian Pengurusan Halal Jakim menjelaskan bahawa berdasarkan semakan melalui portal Halal Malaysia, kedai makan itu bukanlah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.

Malah, pihak JAKIM juga tidak pernah mengeluarkan pensijilan halal untuk kedai makan terbabit.

Sehubungan dengan itu, JAKIM turut mengingatkan orang Muslim agar sentiasa berhati-hati dan periksa terlebih dahulu status halal sesebuah restoran yang ingin dikunjungi untuk mengelakkan masalah was-was.

8 3

Untuk pengetahuan semua juga, difahamkan sijil Halal di Malaysia akan dikeluarkan oleh pihak JAKIM kepada premis makanan yang memohon dan lulus syarat-syaratnya sahaja.

9 1

Baca: Tular Guna ‘Rice Wine’ Dalam Masakan, Penutupan Restoran Undang Persoalan Netizen

Ft Nasi Claypot Ada Rice Wine

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *