Awas, Denda RM2,000 & Penjara 6 Bulan Menanti Jika Anda Berhenti Melepasi Garisan Putih

Jaga-jaga Berhenti Lebih Garisan Putih, Denda RM2000 & Penjara 6 Bulan Menanti

Pengguna jalan raya perlu berwaspada dengan memastikan kenderaan yang dibawa tidak berhenti melepasi garisan putih ketika menunggu lampu isyarat bertukar.

Ia bagi mengelakkan anda daripada melakukan kesalahan sehingga boleh didenda oleh pihak berkuasa.

Walaupun tindakan berhenti melepasi garisan putih mungkin tidak disengajakan, namun perkara tersebut apabila berlaku ia sudah melanggar peraturan jalan raya.

Seperti yang kita semua sedia maklum, peraturan jalan raya dicipta bagi memastikan keselamatan lalu lintas dan jalan raya terjamin. Apabila dilanggar, ia mungkin boleh mendatangkan malapetaka yang tidak diingi kepada diri sendiri atau pengguna jalan yang lain.

Apabila nasi sudah menjadi bubur, menyesali sesuatu perkara yang sebenarnya boleh dielak mungkin tidak berguna lagi.

Melepasi di garisan putih menyalahi undang-undang jalan raya

Pada 28 Julai lalu, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan satu kenyataan media berkenaan pelaksanaan OP Pematuhan Peraturan Lalu di seluruh negara.

Salah satu daripada operasi yang dijalankan adalah Kaedah 38 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (LN166/1959) iaitu Tidak Boleh Memberhentikan Kenderaan Di Lintasan. Terdapat beberapa perkara yang terkandung di dalam peraturan berkenaan.

“Pemandu kenderaan tidak boleh menyebabkan kenderaan atau mana-mana bahagian kenderaannya berhenti di dalam kawasan lintasan melainkan sama ada dia dilarang daripada bergerak oleh keadaan yang diluar kawalannya atau jika perlu baginya untuk berhenti bagi mengelakkan kemalangan.”

Jelasnya, mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

Oleh itu, pengguna jalan raya diingatkan untuk mematuhi peraturan lalu lintas dan tidak berhenti melebihi garisan putih.

Menurut JSPT, kesalahan tersebut jika dilakukan menjadi salah satu punca kesesakan lalu lintas. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan kemalangan dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

“JSPT menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Pastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.”

BACA: Bukan Saja-saja Letak, Rupanya Ini Maksud Sebenar Huruf M&M Pada Coklat Terkenal

Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

The post Jaga-jaga Berhenti Lebih Garisan Putih, Denda RM2000 & Penjara 6 Bulan Menanti appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *