Selepas heboh diperkatakan mengenai seorang peserta Felo Perdana yang didakwa mengemukakan sijil palsu, pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melaporkan individu tersebut ditamatkan dari menyertai program berkenaan kerana telah melanggar terma perjanjian program.

Namun, tular beberapa tangkap layar daripada individu terbabit yang menyatakan bahawa dia sebenarnya masih lagi menyertai program tersebut

Menerusi tangkap layar Instagram Story individu itu, dipaparkan mesej WhatsApp antaranya dengan seorang pegawai khas kepada menteri MITI, Tengku Zafrul Aziz.

Artikel berkaitan: Kemuka Sijil Palsu, Individu Terpalit Isu ‘Scam’ Biasiswa NASA Ditamatkan Dari Program Felo Perdana

Artikel berkaitan: Dikaitkan Dengan Individu Yang Pernah ‘Scam’ Biasiswa NASA, Alumni Perdana Fellows Beri Keterangan

Dalam mesej perbualan itu, individu terbabit mendakwa bahawa dia dimaklumkan supaya ‘meneruskan’ tugasnya seperti biasa dan kenyataan akhbar yang dikeluarkan baru-baru ini mengenai kes sijil palsunya adalah “hanya untuk mendiamkan orang ramai”.

Screenshot 2023 09 18 114523F6N9Jy Bsaancue F6N9Jl8Aaaexyud

Tangkap layar mesej itu telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang mahukan kesahihan mengenai dakwaan individu terbabit.

Susulan isu itu, pegawai yang dikaitkan dengan tangkap layar tular itu, Suria Zainal berkata mesej perbualan tersebut adalah rekaan dan akan membuat laporan polis.

“Hello, bolehkah kamu padamkan siaran ini kerana mesej tangkapan skrin itu adalah rekaan. Sila padamkan profil saya daripada siaran kamu segera. Terima kasih,” katanya di X (Twitter).

Memetik sumber Malaysiakini, jurucakap KBS berkata pihak kementerian telah menggugurkan individu itu daripada program felo Perdana dan dia tidak lagi bersama dengan MITI.

Terdahulu, individu terbabit pernah tular pada tahun 2020 selepas mengumumkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) menawarkan biasiswa kepadanya untuk belajar di Universiti Nasional di Singapura.

Bagaimanapun, dia telah mengakui bahawa perkara tersebut tidak benar selepas beberapa pihak meragui hal tersebut.

Isu ini dilihat berat kerana berkaitan dengan kementerian, harap pihak berkaitan ambil tindakan tegas terhadap individu terbabit.

Sumber: X, Malaysiakini

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *