pemandu treler didakwa isnin

Insiden Rempuh Kenderaan: Pemandu Treler Didakwa Isnin

PUTRAJAYA, 23 Sept (Bernama) — Pemandu treler yang merempuh 13 kenderaan lain dalam kemalangan di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong sehingga menyebabkan dua penunggang motosikal maut, akan didakwa di Mahkamah Majistret Putrajaya, Isnin ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata pemandu berusia 29 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Reman dilanjutkan dua hari untuk OKT (Orang Kena Tuduh) terus dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, pemandu berkenaan direman empat hari bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam kejadian kira-kira 10.14 pagi Rabu lalu, dua penunggang motosikal maut, manakala tujuh individu cedera apabila sebuah treler merempuh 13 kenderaan di Persiaran Utara, dekat sini.

Kejadian berlaku apabila kesemua kenderaan terlibat berhenti untuk memberi laluan kepada latihan konvoi Le Tour de Langkawi(LTDL) di lokasi kejadian.

BACA: Semua Drama Cliché? Nanti Dulu… Ada 4 Drama Boleh Buat Korang Tak Keruan

Sumber: Bernama

The post Insiden Rempuh Kenderaan: Pemandu Treler Didakwa Isnin appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *