Ini Sebab Malaysia B-23 Layak Ke Piala Asia B-23 Walaupun Tewas Dengan Thailand

Seperti yang diketahui, skuad B-23 negara dikecewakan oleh Thailand selepas tewas 0-1 di Stadium Chonburi, Thailand semalam.

Skuad kendalian E Elavarasan itu terpaksa akur selepas melepaskan gelaran Juara Kumpulan H kepada skuad Gajah Perang. Ia sekaligus meletakkan nasib Harimau Muda dalam keadaan terpaksa berharap pada slot “empat terbaik naib juara” untuk layak ke pusingan akhir.

Sebab Malaysia Layak Pusingan Akhir Piala Asia B-23

Namun, skuad B-23 negara menarik nafas lega apabila nasib menyebelahi mereka selepas muncul empat naib juara terbaik daripada 11 kumpulan.

Malaysia bernasib baik selepas pencabar terdekat slot keempat itu, Iran turut tewas ditangan Uzbekistan.

Tiga lagi negara yang mara ke pusingan terakhir selaku naib juara kumpulan terbaik adalah Kuwait, Tajikistan dan China.

Kedua-dua pasukan itu terpaksa ditentukan menerusi penentuan peraturan disiplin selepas terikat dengan jumlah mata dan perbezaan gol yang sama.

Sepanjang pusingan kelayakan, anak buah E Elavarasan mempamerkan rekod disiplin yang lebih baik berbanding Iran apabila negara Arab itu.

Jumlah kad kuning dan kad merah yang diterima oleh Malaysia lebih rendah berbanding Iran.

Sebab malaysia layak Piala Asia B-23
Gambar: AFC

Bagaimana Kiraan Malaysia Layak Dalam Slot Empat Terbaik?

Menurut Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dalam satu kenyataan, bahagian Sistem Pertandingan memperuntuk setiap pasukan dalam peringkat kumpulan hendaklah ditentukan mengikut Perkara 1 Manual dan dalam susunan menurun.

BACA JUGA: Harimau Muda Layak Ke Piala Asia B-23?

Sekiranya terdapat dua pasukan atau lebih mempunyai mata yang sama, Kriteria Keputusan Kumpulan berikut
akan digunakan untuk menentukan kedudukan (dalam susunan menurun):

Head-to-Head

1. Bilangan mata yang lebih tinggi diperolehi dalam kumpulan perlawanan yang dimainkan antara pasukan yang menyertai.

2. Perbezaan gol dalam perlawanan yang dimainkan oleh pasukan bertanding.

3. Jumlah gol dalam semua perlawanan

4. Penentuan tanda penalti jika hanya dua pasukan yang masih ada.

5. Kutipan kad kuning atau kad merah dalam perlawanan kumpulan.

6. Undian.

Sebab malaysia layak Piala Asia B-23
Gambar: AFC
Gambar: AFC

Kenapa Iran Dalam Statistik Kumpulan Berkelebihan Jaringan Dari Malaysia?

Untuk makluman, keputusan perlawanan menentang pasukan tercorot (bagi kumpulan dengan empat pasukan) dalam setiap kumpulan tidak diambil kira.

Ia bagi memastikan penentuan ke pusingan seterusnya, khususnya bagi empat naib juara terbaik dibuat dengan lebih adil. Ini memandangkan ada kumpulan yang bertanding dalam pusingan kelanyakan hanya mempunyai tiga pasukan, sekaligus kekurangan satu perlawanan.

Kumpulan yang mempunyai tiga pasukan adalah Kumpulan G (UAE, China & India), Kumpulan I (Australia, Tajikistan & Laos) dan Kumpulan K (Indonesia, Turkmenistan & Taiwan).

Justeru, bagi Malaysia hanya perlawanan menentang Filipina (menang 4-0) dan tewas kepada Thailand (1-0) yang diambil kira. Manakala kemenengan 2-0 menentang Bangladesh pula tidak diambil kira. Jadi, perbezaan gol Malaysia adalah 3 gol (4 gol, 1 bolos).

Manakala bagi Iran, keputusan yang diambil kira adalah kemenangan ke atas Afghanistan (menang 4-0) dan Uzbekistan (tewas 1-0). Kemenangan 3-0 ke atas Hong Kong pula tidak diambil kira.

Jadi, perbezaan gol bagi Iran terikat dengan Malaysia iaitu 3 gol (4 gol, 1 bolos).

Oleh itu, penentuan slot terakhir empat naib juara terbaik terpaksa ditentukan menerusi kutipan kad kuning atau kad merah yang menyaksikan Malaysia layak.

Sumber: AFC, Bernama

The post Ini Sebab Malaysia B-23 Layak Ke Piala Asia B-23 Walaupun Tewas Dengan Thailand appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *