Kalau korang tak duduk di Sarawak atau tak ramai kawan-kawan dari sana, mungkin korang tak pernah dengar cerita tentang Hantu Janet ni. Tapi kalau korang nak tahu, Hantu Janet ni sebenarnya dah popular sejak tahun 70-an dan turut pernah diadaptasikan di dalam cerita manga di Jepun tau!

Kisah tragis Janet

Lukisan Hantu Janet

Pada penghujung tahun 60-an, seorang gadis Tionghua bernama Janet dikatakan telah diculik. Janet yang merupakan seorang jururawat yang bertugas di Hospital Umum Sarawak dikatakan baru sahaja habis tugasan sebelum dia diculik ketika dalam perjalanan pulang ke rumah pada waktu malam.

Artikel berkaitan: “Saya cantik tak?” – Kisah Lagenda Hantu Jepun Mulut Robek Kuchisake Onna Ni Seram Habis!

 

Artikel berkaitan: 4 Kisah Hantu Seram Popular Di Malaysia, No 2 Confirm Pernah Dengar!

Kalau korang nak tahu, masa zaman tu banyak kejadian penculikan yang berlaku di Kuching, dorang percaya mangsa penculikan ni digunakan untuk membuat ritual yang dipanggil “korban semah”. Ia dijalankan bagi mengelak sesuatu binaan atau kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan diganggu oleh penunggu.

Oleh itu, ramai yang mengaitkan kehilangan Janet ini dengan projek pembinaan Jambatan Satok di Kuching di mana sebuah struktur besar sedang dibina di jambatan tersebut. Namun begitu, pembinaan struktur tersebut sudah beberapa kali tergendala ekoran sering mengalami gangguan oleh penunggu di sana sehingga mereka merasakan ritual perlu dibuat.

Ritual ini biasanya akan mengorbankan gadis perawan dan hanya bahagian kepala je yang akan digunakan di mana kepala mangsa korban akan dipenggal dan ditanam di dalam sturuktur binaan.

Lebih menguatkan kepercayaan ini apabila mayat Janet telah ditemui tak lama selepas itu tanpa berkepala. Ibu bapa Janet yang sedih dengan pemergian anak perempuan mereka ini telah mengebumikan gadis ini dengan pakaian berwarna merah.

Mengikut kepercayaan kaum Cina, jika seseorang itu dikebumikan dengan pakaian berwarna merah, roh mereka akan kembali dan membalas dendam.

Gangguan Hantu Janet

14 5.Jpg

Tak lama selepas dikebumikan, Hantu Janet mula dikatakan telah mengganggu penduduk-penduduk di Sarawak. Ramai menceritakan seorang wanita berpakaian merah, berkasut merah dan membawa payung merah sering merayau seorang diri di sekitar kawasan Kampung Kudei dan Kampung Bintagor yang terletak di Satok.

Bukan tu je, ada yang mendakwa Hantu Janet ini gemar menahan kereta atau motosikal dan minta untuk ditumpangkan ke satu kawasan sebelum tiba-tiba menghilangkan diri dan meninggalkan bau busuk.

Dikatakan juga, ramai lelaki juga turut telah membawa Hantu Janet ini untuk menonton wayang pada waktu tengah malam kerana ketika hidup Janet gemar menonton wayang selepas pulang bekerja.

Selain itu, Hantu Janet ini juga akan turut kelihatan menaiki feri pada waktu malam untuk merentasi Sungai Sarawak dan akan hilang tiba-tiba apabila tiba ke destinasi manakala duit tambang yang diberikannya pula akan bertukar menjadi daun kering atau wang kertas yang digunakan Kaum Cina ketika upacara kematian. Disebabkan ini, perkhidmatan feri di sana akan ditamatkan pada jam 10 malam.

Hantu Janet ini juga turut dikatakan berlegar-legar di kawasan Hospital Umum Sarawak dan ramai orang yang tak berani nak menyebut namanya kerana takut diganggu dan didatangi oleh hantu berpakaian merah ini.

Hantu Janet terkenal di luar negara

Kisah mengenai Hantu Janet ini bukan sahaja popular di Sarawat, malah satu komik Jepun turut memuatkan kisahnya di dalam bab The Red Rain of Malaysia dalam buku yang bertajuk 3 X 3 Eyes.

Komik ini ditulis oleh Yuko Takada dan telah diterbitkan dari 1987 sehingga 2002 sebanyak 40 jilid dan pernah memenangi Anugerah Kodansha Manga pada tahun 1993.

Bc10F9784A3Ace0Bb1Ad7483C061Af571609740806

Selain itu, Hantu Janet juga turut dijadikan salah satu watak dalam permainan video Ghost Trapper di mana karakter tersebut memakai pakaian berwarna merah.

Di Malaysia pula, KRU Films telah mengadaptasikan lagenda Hantu Janet ini kepada sebuah filem yang dinamakan Janet – Sumpahan Terlarang dan telah pun ditayangkan pada tahun 2021 yang lalu.

Sumber: wadd.asia

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *