cara mohon pengawas spm

Ini Cara Nak Mohon Jadi Pengawas SPM

Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dilaporkan sedang membuka tawaran permohonan sebagai Pengawas Peperiksaan.

Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Pendidikan menerusi satu kenyataannya pada 12 September lalu.

Menurut kenyataan itu lagi, tawaran tersebut dibuka kepada orang awam yang berminat untuk menjadi sukarelawan sebagai Pengawas Peperiksaan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023.

Elaun bagi mereka yang berminat akan dibayar berdasarkan jumlah hari bertugas dengan kadar bayaran semasa bagi bukan penjawat awam.

Tugas bagi mereka yang diterima menjadi sukarelawan adalah seperti berikut:

i. Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan mengawas perjalanan peperiksaan dalam dewan atau bilik peperiksaan;

ii. Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan untuk mengedar kertas peperiksaan dan atau apa-apa bahan peperiksaan berdasarkan keperluan semasa;

iii. Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan memungut kertas peperiksaan, skrip jawapan peperiksaan, kertas jawapan objektif dan atau apa-apa bahan peperiksaan;

iv. Mengawas calon peperiksaan untuk ke tandas dan masuk semula ke dewan atau bilik peperiksaan;

v. Mengawas calon peperiksaan dalam dewan atau bilik peperiksaan sepanjang masa peperiksaan berlangsung, dan

vi. Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan berdasarkan arahan dari semasa ke semasa yang telah ditetapkan oleh LP.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Syarat permohonan adalah warganegara Malaysia, mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Mereka yang mahu memohon juga mesti berumur antara 18 hingga 65 tahun, tidak kira latar belakang anda sebagai pesara atau pelajar kolej atau universiti yang sedang bercuti sepanjang SPM berlangsung/lepasan sekolah, kolej atau universiti.

Yang paling penting adalah bebas daripada sebarang rekod jenayah dan tindakan mahkamah serta mempunyai pengangkutan sendiri.

Permohonan dibuka dari 12 September 2023 hingga 31 Oktober 2023 depan.

Mereka yang berminat boleh memohon melalu Pengarah Pendidikan Negeri menggunakan pautan https://bit.ly/44KmnxL.

Permohonan yang berjaya dan disenarai pendek sebagai calon akan dipanggil untuk temuduga di Pejabat Pendidikan Daerah yang berdekatan dengan lokasi anda.

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu bulan dari tarikh tutup permohona adalah dianggap tidak berjaya.

Selain itu, segala perbelanjaan berkaitan dengan permohonan adalah ditanggung sendiri oleh pemohon sendiri.

Sumber: Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

The post Ini Cara Nak Mohon Jadi Pengawas SPM appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *