Sebagai sebuah negara yang paling berahsia dalam dunia, tak banyak yang kita tahu tentang kehidupan orang-orang dekat Korea Utara ni. Tapi, kalau sebut je Kim Jong-un terus je muka dia terbayang dalam fikiran korang kan?

Korang tahu tak sebenarnya ada je beberapa tempat dekat Korea Utara ni boleh dilawati oleh orang luar? Jom baca artikel ni kalau korang nak tahu apa yang berlaku disebalik tembok negara ni. Mesti korang terkejut punyalah!

Northkorea Politics Kim

Artikel berkaitan: Masalah Kewangan di Korea Selatan Jadi Punca Pelarian Korea Utara Kembali Negara Asalnya

 

Artikel berkaitan: Pelajar di Korea Utara Dipenjara Seumur Hidup Lepas Kantoi Tonton Squid Game!

1. Korea Utara dan Korea Selatan pernah jadi satu negara

Kalau korang nak tahu, Utara dan Selatan Korea ni sebenarnya pernah jadi satu negara tapi selepas Perang Dunia Kedua berakhir, dua tempat ini dipisahkan sebagai dua negara di mana pihak  Soviet telah memegang bahagian Utara manakala Amerika Syarikat dapat bahagian Selatan.

Soviet telah memerintah Korea Utara mengikut sistem komunis yang tidak dipersetujui oleh Amerika Syarikat dan pada 9 September 1947, negara ini dipisahkan secara rasmi kepada Korea Selatan dan Korea Utara.

2. Satu-satunya negara di dunia yang diperintah oleh orang yang dah mati

202309102252Mct Photo World News Nkorea Russia Get.jpg

Korea Utara mempunyai sistem pemerintahan yang unik di mana ia dipanggil sebagai necrocracy. Ia merupakan satu bentuk kerajaan di mana ia akan mengikut undang-undang ketua yang telah pun meninggal dunia.

Ini kerana, Kim Il-sung telah diisytiharkan sebagai Pemimpin Abadi untuk negara Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK). Ini bermakna, kesemua pemimpin negara selepas kematiannya hanya memegang jawatan sebagai Pemimpin Tertinggi namun jawatan Pemimpin Abadi akan sentiasa menjadi milik Kim Il-sung.

Pemimpin Tertinggi ini akan menjadi pengerusi Parti Pekerja dan Komander Tertinggi Tentera namun mereka tak akan dapat memegang status sebagai presiden negara.

3. Wanita dan lelaki wajib menjalani perkhidmatan ketenteraan

Gettyimages 492174946

Walaupun ada banyak negara yang mempunyai undang-undang mewajibkan rakyat dorang menjalani perkhidmatan ketenteraan, ia tak adalah setegas Korea Utara. Sebelum ini, lelaki yang berusia 18 tahun perlu menjadi tentera selepas 13 tahun namun selepas tahun 2003, syaratnya telah dikurangkan kepada 10 tahun.

Bukan hanya lelaki, wanita juga turut perlu menyertai perkhidmatan ketenteraan di sana. Pada tahun 2015, kerajaan telah mengeluarkan memo mengatakan bahawa wanita yang dah habis sekolah perlu sertai ketenteraan di sana sehingga mencecah usia 23 tahun. TAK ADA YANG BERKECUALI YA!

Disebabkan ini, mereka mempunyai sekurang-kurangnya 6 juta anggota separa tentera dan 1 juta tentera aktif yang bertugas.

4. Rakyat Korea Utara mempunyai akses dan pilihan yang terhad

Kita ni memang tak boleh hidup dengan internet kan? Tapi dekat Korea Utara, dorang ada tiga je channel dekat TV lepas dua daripada channel ni hanya boleh ditonton pada hujung minggu je manakala drama yang dorang tengok telah diseludup dari Korea Selatan.

Bukan je apa yang dorang tonton telah dikawal, dorang juga tak boleh pilih tempat tinggal dorang tau. Seperti pusat bandarnya, Pyongyang hanya boleh didiami oleh golongan-golongan elit manakala yang lain-lain hidup di tempat yang diasingkan mengikut kasta mereka.

5. Kim Jong-un bukan pilihan utama sebagai Pemimpin Tertinggi

9

Kalau korang nak tahu, Kim Jong-nam telah dianggap sebagai waris untuk menjadi Pemimpin Tertinggi di sana. Dia merupakan abang sebelah bapa Kim Jong-un. Pun begitu, Kim Jong-nam telah dibuang negara kerana menjadi pengkritik keluarganya pada tahun 2003.

Malah dia pernah ditahan di Tokyo kerana masuk ke Disneyland menggunakan pasport palsu dan pada 13 Februari 2017 pula, dia telah dibunuh oleh suspek Korea Utara di KLIA, Malaysia. Ada desas desus mengatakan dia dibunuh atas arahan Kim Jong-un.

6. Style rambut pun dikongkong!

North Korea Approved Haircuts 730X598 1

Korang tahu tak, dekat Korea Utara, pilihan untuk menggayakan rambut sangat-sangat terhad tau. Mereka hanya boleh memilih potongan rambut dari 28 gaya potongan yang telah diluluskan oleh kerajaan.

Wanita yang berkahwin akan diberikan pilihan yang lebih banyak berbanding wanita bujang yang hanya dibenarkan untuk mempunyai rambut pendek. Untuk lelaki, yang tua boleh mempunyai rambut sepanjang 2¾ inci manakala yang muda perlu mempunyai rambut dengan kepanjangan kurang dari 1½ inci.

7. Orang yang lahir di Korea Utara tak boleh ke luar negara

Selain dari beberapa rakyat mereka yang pergi ke Rusia atau China untuk bekerja. Rakyat di Korea Utara tak dibenarkan untuk melancong di luar negara.

Bukan tu je, dalam negara pun ada kekangannya, jika dorang nak melawat ahli keluarga atau rakan di perkampungan lain, dorang perlu mendapatkan izin dari kerajaan dulu.

8. Rumah terbakar kena selamatkan gambar presiden dulu

Kalau korang nak tahu, jika rumah di Korea Utara terbakar, dorang kena selamatkan potret presiden yang digantung di rumah sebelum selamatkan orang lain, kalau tak boleh masuk penjara!

Malah ada seorang wanita pada tahun 2020 telah disiasat selepas dia telah menyelamatkan dua orang anaknya dari rumah yang terbakar dan terlupa untuk selamatkan gambar Kim Il-sung. Hm…

9. Pekerja di Korea Utara mempunyai gaji sebanyak $5 sebulan

Selain mempunyai akses yang limited terhadap radio, internet dan televisyen, kehidupan normal di Korea Utara juga dikatakan sangat susah. Bukan je dorang ni terasing dari dunia luar malah dorang juga sering kelaparan kerana tak cukup makan.

Kebanyakan dari orang dekat sana mendapat gaji kurang dari $5 setiap bulan dan disebabkan itu ramai rakyatnya yang kebuluran. Dorang juga tak ada masa terluang yang banyak kerana perlu bekerja sebanyak 6 hari seminggu dan biasanya hari cuti mereka dihabiskan dengan kerja-kerja sukarelawan.

Uish susah gak duduk sana eh?

Sumber: Facts.Net, Insider

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *