Di Malaysia, seks merupakan satu perkara yang dianggap taboo. Disebabkan ini, ramai orang memilih untuk tidak bercakap soal seks sama ada dalam bentuk pembelajaran mahu pun dengan keluarga atau pasangan sendiri.

Macam sebelum ni kita ada senaraikan tentang mitos-mitos seks yang selalu kita dengar tapi sebenarnya tak betul pun. Namun pada artikel kali ni, kita akan berikan fakta-fakta mengenai seks yang korang confirm tak pernah dengar. Jom baca!

Artikel berkaitan: 9 Mitos Tentang Seks Yang Ramai Orang Percaya, Tapi Sebenarnya…

Artikel berkaitan: Kajian Buktikan Seks Selama 4 Minit Sehari Boleh Kurangkan Risiko Kanser Sebab…

7 Fakta Pelik Pasal Seks Yang Korang Confirm Tak Pernah Dengar!

1. Seks boleh buat korang hilang ingatan!

Gettyimages1081906640 27321E61 F006 4B87 B60D 4B7Cd3D39Bc4.Jpg

Amnesia global sementara merupakan keadaan di mana seseorang itu tiba-tiba mengalami kehilangan memori atau hilang ingatan yang tidak dikaitkan dengan sebarang keadaan gangguan saraf. Jadi apa penyebabnya?

Selain beberapa sebab lain seperti merendam diri secara tiba-tiba dalam air panas atau sejuk boleh menyebabkan seseorang itu mengalami hilang ingatan sementara, seks juga mampu untuk berikan kesan yang sama.

Kenapa benda ni terjadi? Satu kajian yang dikeluarkan pada tahun 2012 di dalam jurnal Stroke mengatakan, penyelidik berpendapat ia berlaku akibat sejenias tegangan dan peneranan yang di bahagian perut yang biasanya berlaku ketika melakukan hubungan seksual boleh meletakkan tekanan yang sangat ekstrem pada urat seseorang sekaligus membenarkan darah tanpa oksigen untuk mengalir pada otak dan menyebabkan seseorang itu hilang ingatan.

Tapi korang jangan risau, keadaan ini sangat jarang berlaku dan jika ianya terjadi pada korang, ia hanyalah pada jangka masa yang pendek dan kemungkinan untuk berlaku sekali lagi sangat tipis.

2. Ketika bercium, korang dan pasangan bertukar sebanyak 80 juta bakteria

3458Ea89 6488 40F0 Be9C 9E6C68597282677D87481756E2427F Tara Bazille 346560 Unsplash

Menurut satu kajian yang dikeluarkan pada tahun 2014 di Microbiome, penyelidik menemui bahawa satu ciuman mulut ke mulut selama 10 saat boleh memindahkan sebanyak 80 juta bakteria lebih dari 700 jenis yang berbeza ke dalam mulut pasangan korang tau!

Tapi benda ni normal sebab badan kita pun merupakan rumah kepada lebih dari 100 trilion mikroorganisma dan bakteria badan atau mulut ni kebanyakannya tak merbahaya pun!

3. Zakar boleh patah ketika melakukan hubungan intim

Fracture Photo Rs

Walaupun zakar manusia tak ada tulang, membengkokkan zakar yang sedang tegang ketika melakukan hubungan intim mahu pun semasa onani boleh menyebabkan corpus cavernosum (silinder tisu yang membentuk sebahagian zakar) patah.

Zakar patah merupakan kecederaan yang sangat sakit. Antara tanda-tanda zakar patah adalah bunyi patah, hilang ketegangan zakar secara tiba-tiba atau terdapat lebam gelap di zakar ekoran darah yang keluar dari silinder. Kadang-kadang tiub yang mengosongkan air kencing dari badan (uretra) juga boleh rosak dan darah mungkin kelihatan di bahagian lubang kencing zakar.” – Mayo Clinic

4. Ada lelaki yang sengaja patahkan zakar

Kalau korang nak tahu, ada satu amalan yang dipanggil taqaandan bermaksud “untuk klik” dalam bahasa Kurdish di mana lelaki akan pegang bahagian bawah zakar tegang menggunakan satu tangan dan gunakan tangan lagi satu untuk mematahkan bahagian atas.

Dikatakan, jika dibuat dengan betul, taqaandan ini dikatakan tak sakit dan ia lebih kurang sama macam bila kita letupkan jari kita bila penat.

Menurut seorang profesor urologi di Iran, Dr. Javaad Zargooshi, beberapa lelaki melakukan perkara ini untuk menghilangkan ketegangan zakar dan untuk mendapatkan bunyi letup tersebut. Aish pelik-pelik je.

5. Kematian ketika seks merupakan perkara yang biasa berlaku

Satu anggaran dari Postgraduate Medical Journal mendakwa 0.6 peratus dari kematian secara tiba-tiba berlaku ketika melakukan hubungan seks. Ini bermakna, satu dari 200 kematian secara tiba-tiba berlaku ketika seks tau.

Antara penyebab utama kematian berlaku ketika melakukan hubungan seks adalah serangan jantung dan pendarahan otak.

6. Lelaki curang lagi berisiko untuk mati ketika seks berbanding lelaki yang setia

4500.Jpg

Haa siapa yang berani nak curang tu? Menurut analisis yang dikeluarkan pada tahun 2012, kematian secara tiba-tiba ketika seks ini lebih sering berlaku apabila seseorang lelaki sedang melakukan hubungan intim dengan perempuan simpanan mereka berbanding pasangan atau isteri.

Penyelidik tak pasti kenapa perkara ini berlaku namun menganggap bahawa tekanan yang dirasakan untuk merahsiakan hubungan sulit serta tekanan apabila cuba untuk ‘bersaing’ dengan perempuan simpanan yang biasanya jauh lebih muda menyebabkan tekanan darah tinggi dan jantung meningkat yang membawa kepada serangan jantung.

7. Bayi dalam perut boleh dapat ereksi

1638766855

Fenomena ini sebenarnya dah diketahui oleh doktor dan pengkaji selama berdekad-dekad lamanya. Walaupun macam mengejutkan, tapi ujian ultrasound sering kali mendedahkan bayi di dalam perut boleh mendapat ereksi.

Sumber: ati

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *