Semalam, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah dibebaskan atas semua dakwaan menyeleweng dana milik Yayasan Akalbudi.

Ini berlaku selepas Mahkamah Tinggi memutuskan untuk melepaskan tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri ini atas 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jutaan ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Kalau korang nak tahu, dilepaskan tanpa dibebaskan ini bermaksud bahawa tertuduh dilepaskan dari pertuduhan semasa tanpa dibebaskan terus dari pertuduhan tersebut.

Kes ini dihentikan atau digantung sementara namun pihak pendakwa raya masih boleh memfailkan semula pertuduhan ke atas Zahid jika bukti atau keadaan baru membenarkan.

Kronologi kes Yayasan Akalbudi

Baru Zahid Scaled 1

3 Julai 2018

Zahid hadir ke Ibu Pejabat SPRM dipercayai bagi membantu siasatan kes dana Yayasan Akalbudi.

10 Oktober 2018

Zahid sekali lagi ke Ibu Pejabat SPRM dipercayai bagi memberikan keterangan untuk membantu siasatan kes dana Yayasan Akalbudi.

11 Oktober 2018

Zahid memberikan keterangan kali ketiga untuk kes yang sama.

12 Oktober 2018

Zahid memberikan keterangan berhubung kes yang sama lebih tujuh jam di Ibu Pejabat SPRM.

18 Oktober 2018

Zahid ditahan SPRM berhubung salah guna kuasa pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi.

19 Oktober 2018

Zahid didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 10 tuduhan pecah amanah dan lapan tuduhan rasuah berjumlah RM42,083,132.99 dan 27 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM72,063,618.15.

14 Disember 2018

Zahid Didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen atas satu pertuduhan tambahan iaitu pecah amanah wang berjumlah RM10 juta milik Yayasan Akalbudi.

20 Februari 2019

Didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen atas satu pertuduhan tambahan pecah amanah wang berjumlah RM260,000 milik Yayasan Akalbudi.

28 Februari 2019

Kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

18 November 2019

Perbicaraan hari pertama di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bermula.

10 Ogos 2020

Pasukan pendakwaan meminda 12 pertuduhan bagi kes pecah amanah dan dua pertuduhan rasuah membabitkan dana Yayasan Akalbudi pada hari ke-49 perbicaraan.

19 Mac 2021

Pendakwaan menutup kesnya selepas 53 hari perbicaraan dan mendengar keterangan 99 orang saksi.

24 Ogos 2021

Sapina dikeluarkan kepada doktor pakar dari hospital swasta Shah Alam, bagi memberi penjelasan keadaan kesihatan Ahmad Zahid, selepas tertuduh tidak hadir prosiding kesnya.

Artikel berkaitan: “Orang cari salah je sekarang” – Isu ‘Uncle’ Ditarik Keluar Lif, Anak Zahid Hamidi Buka Mulut…

25 Ogos 2021

Doktor pakar memaklumkan Zahid ‘mungkin’ boleh menghadiri prosiding rasuah pada 6 September.

6 September 2021

Hujahan kes di akhir kes pendakwaan bermula.

8 September 2021

Hakim memberi amaran supaya orang awam tidak membuat sebarang komen di media sosial berkaitan perbicaraan kes.

Zahid Hamidi Court 230922 7

7 Oktober 2021

Zahid membuat permohonan di Mahkamah Tinggi meminta pasport dikembalikan untuk ke Jerman bagi mendapatkan rawatan tulang belakang.

11 Oktober 2021

Hakim Mahkamah Tinggi membenarkan pasport dikembalikan untuk mendapatkan rawatan tersebut.

Artikel berkaitan: Zahidi Hamidi Mohon Pasport Dikembalikan, Ingin Jalankan Tugas Rasmi Sebagai TPM

22 November 2021

Perbicaraan kes ditangguhkan selepas prosiding berlangsung seketika kerana peguam belanya diserang penyakit gout.

6 Disember 2021

Hakim menetapkan 24 Januari 2022 untuk keputusan kes di akhir pendakwaan.

24 Januari 2022

Mahkamah Tinggi perintah Zahid membela diri terhadap 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

13 April 2022

Zahid membela diri secara bersumpah dengan menafikan pertudhan ke atasnya.

8 Disember 2022

Zahid mengemukakan representasi pertama kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

25 Januari 2023

Zahid mengemukakan representasi kedua kepada AGC.

28 Februari hingga 7 Mac 2023

Empat representasi difailkan dengan membangkitkan isu dan bukti baru.

21 Ogos 2023

Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa hadir selaku saksi pembelaan kelapan di Mahkamah Tinggi.

24 Ogos 2023

Pihak pembelaan memohon Peguam Negara segerakan keputusan represantasi untuk mengkaji semua pertuduhan terhadap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ini.

11 alasan Zahid dilepaskan dari kes penyelewangan dana Yayasan Akalbudi

Fe4Dc35C Zahid Hamidi Dnna Bernama 050923

Keputusan Mahkamah Tinggi untuk melepaskan tanpa membebaskan Presiden Umno ini jelasnya telah mengejutkan ramai orang.

Jadi dekat bawah ini adalah senarai alasan yang diberikan oleh pihak pendakwaan yang memohon agar kes Zahid ini dihentikan

1. Setelah memanggil seramai 15 saksi termasuk tertuduh, keterangan saksi-saksi ini perlu diteliti oleh pihak pendakwaan dan pihak penyiasat.

2. Ahmad Zahid mengemukakan dua representasi kepada AGC yang bertarikh 8 Disember 2022 dan 25 Januari 2023.

3. Lanjutan representasi tersebut, pihak SPRM telah memberitahu AGC bahawa siasatan lebih terperinci perlu dilakukan.

4. Zahid sekali lagi mengemukakan empat representasi yang membangkitkan isu dan bukti baharu yang memerlukan SPRM untuk menyiasat perkara tersebut pada 28 Februari dan 7 Mac tahun ini.

5. Surat representasi menyentuh isu siasatan yang dilakukan sebelum, semasa dan selepas Ahmad Zahid dituduh di mahkamah, maka ia dikatakan dibuat secara terburu-buru, cuai, pramatang dan tidak lengkap.

6 Perkara ini menyebabkan reputasi dan nama baik AGC sebagai pihak pendakwaan serta SPRM selaku pihak penyiasat tercemar kerana ia dilihat seolah-olah jabatan-jabatan ini telah diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu.

7. Pertuduhan perlu dihentikan sementara kerana tidak mahu menafikan hak tertuduh atau lebih penting tiada salah laku di sisi undang-undang namun Zahid danya dilepas tanpa bebas sehingga siasatan lebih menyeluruh dan lengkap selesai dibuat.

8. Mahkamah ambil maklum pengumuman Jemaah Menteri untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu-isu yang dibangkitkan dalam buku memoir bekas Peguma Negara Tan Sri Tommy Thomas bertajuk My Story: Justice In The Wilderness.

9. Zahid turut membangkitkan isu serius mengatakan bahawa beliau merupakan mangsa pendakwaan terpilih rejim kerajaan sebelum ini dan Peguam Negara berpendapat bahawa penting untuk pihak pendakwaan dan SPRM menyiasat dakwaan ini.

10. Keputusan ini selaras dengan penubuhan RCI untuk menyiasat dakwaan pelanggaran tanggungjawab profesional oleh pemegang-pemegang jawatan tertinggi dalam negara.

11. Satu memo dalaman dikeluarkan oleh AGC berkaitan kes yang sedang dibicarakan telah tular di media sosial menyebabkan AGC perlu mengesahkan kandungan memo dalaman tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Utusan
Sumber: FMT

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *