Nampaknya kisah tertelan Airpods bukanlah sesuatu yang pelik lagi pada zaman sekarang ni sebab dah banyak kisah yang kita dengar yang melibatkan beberapa orang individu tertelan objek tersebut.

Ada yang terpaksa dimasukkan ke hospital dan kena menjalani X-Ray tau gara-gara seketul Airpod ni.

Namun, seorang wanita di Amerika Syarikat pula baru-baru ini berkongsi kisah menerusi TikTok bahawa dia telah tertelan Airpod kerana menyangkakan ia adalah vitamin!

@tannasellsutah

🤯OH MY GOOOOOOOSH!!!! You have to watch this! So embarrassing!!! #istillcantbelieveit #whatinthelivingheck #thistooshallpass #whatthe #iamshook #getoutofmybelly

♬ original sound – IamNanaTanna

Memetik laporan New York Post, sebelum kejadian, wanita yang dikenali sebagai Tanna Barker itu telah keluar untuk berjalan pagi bersama rakannya.

Jadi, ketika bersama temannya itu, mereka juga telah rancak berborak.

Kemudiannya ketika itu juga, dia mengambil ‘vitamin’ itu untuk memakannya.

Namun, rupa-rupanya vitamin yang ditelannya itu bukanlah vitamin, sebaliknya ia adalah AirPod Pro sebelah kirinya yang dia tersalah ambil.

1 4
Gambar sekadar hiasan

Dia kemudiannya berjumpa dengan beberapa orang doktor dan rakan untuk bertanya apakah yang patut dilakukannya dengan Airpod yang kini telah berada di dalam perutnya.

Namun, kebanyakan doktor yang ditemuinya mengatakan wanita itu hanya perlu tunggu objek itu keluar secara semula jadi ketika membuang air besar.

Aduh, seram betul. Lepas ni korang kena tengok betul-betul la vitamin sebelum memasukkannya dalam mulut. 

Sumber: New York Post, TikTok @tannasellsutah

Baca: “Nak tahu melekat dalam perut atau tak” – Sebab ‘Curious’, Remaja Ini Telan 54 Biji Bebola Magnet

Nak Tahu Melekat Dalam Perut Atau Tak Sebab Curious Remaja Ini Telan 54 Biji Bebola Magnet

Sumber: NDTV

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *