wanita vitamin airpod

Ingatkan Vitamin, Kisah Wanita Tertelan “Airpod” Raih Perhatian Dunia Maya

Seorang wanita di Amerika Syarikat (US) mendedahkan bahawa dirinya menelan salah satu AirPods suaminya, selepas tersalah anggap ia sebagai vitamin sehingga mencetuskan gelak tawa dalam talian, lapor NY Post.

Tanna Barker, 52, berkata kejadian malang itu terjadi sewaktu dia sedang keluar berjalan bersama rakannya dan mengambil keputusan untuk memakan vitaminnya.

Wanita tersebut kemudian mengatakan pil itu sukar untuk ditelan namun selepas melihat tangannya, dia tidak lama kemudian menyedari bahawa dirinya telah menelan peranti tanpa wayar.

“Saya dapat rasakan ia turun begitu perlahan…saya hanya berfikir, ‘Ya ampun, saya tidak percaya saya hanya melakukan perkara itu’.

“Saya mempunyai AirPod dalam badan saya sekarang,” ceritanya dalam video tersebut.

Dia secara emosi melaporkan berita itu kepada suaminya, seorang lelaki yang kini terpaksa menggunakan fon kepala yang kurang berkualiti.

Disebabkan malu dengan kejadian tersebut, Barker juga merayu kepada suaminya supaya berdiam diri untuk tidak memberitahu keluarga mereka berkaitan hal tersebut.

Pun begitu, dia membuat keputusan untuk memaklumkan kejadian itu kepada keluarganya.

BACA: Hilang Dalam Pesawat, Wanita Berjaya Jejak AirPods Dicuri Pekerja Lapangan Terbang

Selepas meminta nasihat pakar, mereka memberitahunya supaya membiarkan ia keluar secara semula jadi kerana AirPod tidak mendatangkan sebarang bahaya.

“Salah seorang daripada mereka bertanya sama ada saya telah menelan kedua-dua (AirPods) dan saya berkata tidak.

“Pakar tersebut mengatakan bagus untuk tidak menelan kedua-duanya kerana ia mempunyai magnet yang boleh menyebabkan masalah,” jelasnya.

Isnin lalu, Barker memuat naik video susulan untuk memberitahu dunia bahawa AirPod telah berjaya keluar dengan selamat.

Bagaimanapun, dia tidak menjelaskan apa yang telah terjadi kepada alat mendengar itu.

“Ia merupakan satu pengalaman yang menakjubkan dan perjalanan yang begitu luar biasa,” katanya sambil menambah rasa syukur kerana tidak berfikir terlalu banyak semasa kejadian itu berlaku.

Berita tersebut membuatkan warga maya gembira kerana pengakhiran kejadian itu berakhir dengan baik.

“Semasa saya bangun pagi, saya harap wanita AirPod itu baik-baik saja,” komen warga maya.

@tannasellsutah

🤯OH MY GOOOOOOOSH!!!! You have to watch this! So embarrassing!!! #istillcantbelieveit #whatinthelivingheck #thistooshallpass #whatthe #iamshook #getoutofmybelly

♬ original sound – IamNanaTanna

Sumber: NY Post

The post Ingatkan Vitamin, Kisah Wanita Tertelan “Airpod” Raih Perhatian Dunia Maya appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *