Siapa menjangkakan pertemuan seorang ranjer dengan seekor anak harimau kumbang yang hampir mati menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi warganet.

Penemuan yang disangkakan seekor anak kucing itu sebenarnya adalah seekor anak harimau kumbang yang sedang bertarung nyawa.

Ranjer berkenaan menjaga dan memberi rawatan sehingga lama kelamaan perubahan saiznya tidak seperti kucing kebiasaan menyedarkan lelaki itu.

Perubahan itu, bukan pada saiznya tetapi tindak tanduknya juga jinak dan sangat manja dengan ranjer itu.

Artikel berkaitan: Harimau Kumbang Dilanggar MPV, Disahkan Maut Oleh Perhilitan

Artikel berkaitan: Wanita Nekad Lawan Harimau Demi Selamatkan Anak Yang Diserang

 

Harimau bintang itu juga pandai minum susu dengan botol dan sering menemai ranjer kemana sahaja.

Harimau kumbang itu menjadi sangat dan ranjer berkenaan mengambil keputusan untuk menghantarnya ke pusat perlindungan hidupan liar.

Namun, keakraban antara mereka membuatkan harimau itu tidak gembira dan tidak mahu makan ketika berada di pusat itu.

Mendapat perkhabaran itu, ranjer kemudian melawat harimau berkenaan. Ternyata mereka berdua saling merindu dan paling menyentuh hati harimau itu memeluk ranjer berkenaan ketika bertemu.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *