Asal nak pergi shopping je, korang mesti rambang mata nak pilih barang jenama apa yang korang nak kan? Tak kisahlah jenama kasut ke, handbag ataupun baju, korang mesti pusing satu kedai sampai tak sedar masa berjalan.

Lebih-lebih lagi, bila nak cari brand yang korang suka mesti habis berjam-jam macam nak try semua barang yang ada dalam kedai tu.

Tapi, dalam kita membeli barang-barang tu, mesti korang tak perasan ada brand yang korang anggap dari luar negara, sebenarnya buatan Malaysia! Jadi, mari sini min beritahu antara jenama popular yang berasal dari Malaysia.

Artikel berkaitan : Kalau Ke Jepun, Ini 5 Jenama Yang Berbaloi Untuk Korang Beli

1. Shangri-La Hotels

Shangri La

Jenama pertama ni merupakan jenama hotel dan resort yang mewah serta famous satu dunia tau! Tapi dari namanya, mesti korang ingat ini brand dari China atau Hong Kang kan? Mesti ramai tak sangka, hotel popular ini sebenarnya diasaskan oleh jutawan Malaysia, Robert Kuok.

Bukan tu je, hotel ni dah hampir 5 dekad beroperasi sejak pertama kali ditubuhkan. Untuk pengetahuan, sehingga kini Shangri-La Hotel ini ada sebanyak 60 buah hotel di seluruh dunia.

Di Asia sahaja, ada lebih 50 cawangan yang kebanyakannya terletak di negara China. Tapi, bukan Asia je jenama ni famous tau! Dekat benua lain seperti Eropah dan Afrika pun ada hotel ni.

Jangan risau, kalau korang nak try duduk dalam hotel ni, cawangannya ada di Kota Kinabalu, Penang dan juga Kuala Lumpur.

2. Ogawa

Oogawa

Artikel berkaitan : Kecoh Jenama Terkenal Cetak Nama Allah Atas Baju Seksi, Pereka Fesyen Minta Maaf?

Min yakin jenama lagi satu ni mesti ramai yang tahu sampai terngiang-ngiang lagunya dalam ingatan korang kan? Lebih-lebih lagi, mesti ramai yang percaya kerusi urut moden ni asal daripada Jepun namun, yang sebenarnya ia diasaskan oleh dua rakyat Malaysia iaitu, Wong Lee Keong dan Lim Poh Khian.

Ditubuhkan pada 1996, sehingga kini Ogawa dikenali di lebih 20 buah negara dengan mempunyai lebih 1,000 kedai di seluruh dunia.

Apa yang lagi membanggakan, jenama ini dah dinaiktaraf dengan teknologi AI, setanding dengan luar negara tau. Kalau korang nak tahu lagi, Ogawa ni bukan power buat kerusi urut je. Peralatan kecergasan seperti treadmill dan mesin-mesin untuk kecantikan pun jenama ni pandai buat. Memang tak sangka, orang Malaysia juga bukan calang-calangnya.

3. Bonia

Boniaaa

Jenama terakhir ni pun ramai yang salah sangka berasal dari luar negara. Tapi yang sebenarnya, kedai butik Bonia yang terkenal seluruh Malaysia ni rupa-rupanya orang tempatanlah pengasasnya. Lebih tepat lagi, rakyat kelahiran Melaka, Chiang Sang Sem.

Untuk pengetahuan korang, karier beliau bermula dalam industri tekstil dan pernah bekerja dalam kilang pembuatan handbag, kepunyaan kawan pakciknya. Sebab tulah, Bonia ni terkenal juga dengan beg tangan yang mewah-mewah.

Bonia mula bertapak di Malaysia dan Singapura, malah sehingga kini jenama ini mempunyai lebih 700 outlet di seluruh Asia. 

Kalau sebut Bonia, mesti teringat kedai jual beg tangan je. Tapi, jenama ni juga ada jual banyak pakaian yang berkualiti serta kasut-kasut yang cantik! Yang lagi membanggakan, brand ni dah buat banyak kolaborasi seperti bersama aktres Malaysia, Scha Al-Yahya dan yang terkini, bersama Barbie.

Sumber : Ling

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *