Apa Beza 'Router' Dengan 'Modem', Mana Yang Boleh Bagi Internet 'Lebih Laju'?

Apa Beza ‘Router’ Dengan ‘Modem’, Mana Yang Boleh Bagi Internet ‘Lebih Laju’?

Sambungan internet yang bagus ibarat satu keperluan yang wajib ada. Tanpa sambungan internet, dunia seolah-olah terhenti dan tak dapat dinafikan ramai yang tak tahu nak buat apa kalau internet tak ada, kan?

Secara umumnya, terdapat beberapa jenis perkhidmatan internet yang ditawarkan dalam pasaran. Antaranya seperti internet berasaskan pakej data daripada syarikat telco dan sambungan internet fiber atau WiFi. Terkini, kita juga boleh memilih internet satelit seperti yang ditawarkan oleh Starlink.

Namun begitu, walaupun internet digunakan setiap hari, banyak yang masih menjadi misteri. Misalnya, bagi pengguna WiFi di rumah, mesti pernah mendengar alat bernama router dan modem kan?

Tetapi, pernah tak anda terfikir apakah fungsi kedua-dua alat ini? Adakah ia mempunyai fungsi yang sama atau kedua-duanya ada fungsi masing-masing yang berbeza?

Jadi, kali ini kami ingin berkongsi serba sedikit mengenai router dan modem bersama anda.

Modem

Apa Beza 'Router' Dengan 'Modem', Mana Yang Boleh Bagi Internet 'Lebih Laju'?
Kredit: NY Times

Modem boleh diibaratkan seperti ‘gerbang ‘internet rumah anda dengan ‘alam’ World Wide Web. Di Malaysia, peranti ini biasanya berbentuk petak dan warna cerah serta beberapa ikon LED di depannya.

Lampu LED tersebut akan memberikan isyarat sama ada peranti tersebut telah dihidupkan dan anda sedang bersambung dengan talian internet.

Untuk makluman, modem adalah singkatan bagi perkataan modulator-demodulator. Ia adalah istilah tinggalan daripada teknologi lama dimana modem ketika itu berfungsi memodulasi atau menyelaraskan isyarat telefon kepada frekuensi yang boleh menghantar maklumat digital.

Pada hari ini, kebanyakan modem menggunakan sambungan jalur lebar seperti kabel dan satelit untuk menghantar data. Terdapat beberapa jenis modem dibina bagi beberapa jenis rangkaian yang berbeza.

Jika penyedia perkhidmatan internet (ISP) anda menggunakan kabel atau internet fiber, anda perlu memasang kabel pada bahagian belakang modem.

Manakala, jika anda merupakan pelanggan talian digital (DSL), anda perlu menyambung dengan talian telefon.

Router

Apa Beza 'Router' Dengan 'Modem', Mana Yang Boleh Bagi Internet 'Lebih Laju'?
Kredit: NY Times

Anda boleh membuat sambungan kepada internet dengan hanya menggunakan modem, dengan syarat anda tidak kisah untuk menyambungkan peranti anda secara terus pada bahagian Ethernet.

Akan tetapi, jika anda mahukan sambungan internet pada semua peranti elektronik seperti komputer riba, tablet dan telefon pintar pada masa yang sama, anda memerlukan sebuah router.

Router biasanya juga berbentuk petak, namun perbezaan ketara dengan modem adalah router memiliki antena pada bahagian badannya. Peranti ini bersambung dengan modem melalui kabel Ethernet. Ia akan bertindak sebagai saluran antara internet terus dan rangkaian rumah anda.

Selepas bersambung dengan peranti anda, router ‘memancarkan’ rangkaian trafik modem sama ada menggunakan wayar Ethernet atau tanpa wayar menerusi sambungan Wi-Fi (disini datangnya fungsi antena pada router).

Router juga mempunyai fungsi lain seperti menyalurkan data yang berasal daripada peranti seperti komputer kembali ke laman web.

Kenapa kita perlu mengetahui perbezaan antara modem dan router?

Setelah sekian lama menggunakan internet, mungkin ramai yang tidak ambil kisah kerana tiada kepentingan pun. Malah ada yang menganggap modem dengan router adalah benda yang sama.

Namun begitu, ia adalah suatu perkara yang berbaloi untuk anda mengetahui kedua-dua perbezaan alat ini. Lebih-lebih lagi jika anda mahu memperbaiki kualiti sambungan internet rumah anda.

Kini, anda tahu bahawa router yang digunakan untuk memancarkan isyarat Wi-Fi. Maka, anda boleh meningkatkan kualiti sambungan dengan meletakkan peranti ini di tengah-tengah rumah dan jauh daripada peranti elektronik lain.

Manakala, selagi tidak mengganggu router, jangan ragu-ragu untuk meletakkan modem anda pada lokasi-lokasi yang tersembuyi.

BACA: Guna Dua Bahan Mudah, Ini Cara Matikan Rumput Tanpa Guna Racun

Sumber: Mental Floss

The post Ingat Benda Sama Rupanya Tak, Ini Beza “Router” Dengan “Modem” WiFi Ramai Tak Tahu appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *