ronaldo bertemu fatemah

Impian Tercapai, Pelukis Kurang Upaya Akhirnya Dapat Bertemu Dengan Ronaldo

Impian pelukis kurang upaya dari Iran, Fatemeh Hamami, untuk bertemu dengan bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo akhirnya tercapai.

Pertemuan antara kedua-dua individu itu di Tehran telah dimuat naik di platform Instagram Al-Nassr.

Dalam video berdurasi 38 saat tersebut, Fatemeh yang berkerusi roda kelihatan gembira sewaktu bertemu dengan ikon bola sepak berkenaan.

Pelukis itu juga turut menghadiahkan dua potret lukisan wajah Ronaldo.

“Pelukis Iran, Fatemeh melawat ibu pejabat pasukan (Al-Nassr) di Tehran. Dan bertemu kapten Al-Nassr, Cristiano Ronaldo,” tulis kelab Arab berkenaan.

Pemain berusia 38 tahun turut memberikan sehelai jersi miliknya pada Fatemah dan memeluk serta bergambar dengan wanita itu.

View this post on Instagram

A post shared by نادي النصر السعودي (@alnassr)

Sementara itu, dalam hantaran @SaudiPLf di platform X juga memaparkan pertemuan antara Ronaldo dan Fatemeh.

“Pelukis Iran Fatemeh Hamami bertemu Cristiano Ronaldo di Iran,” tulis kenyataan tersebut.

🚨🎥

Iranian artist Fatemeh Hamami meets Cristiano Ronaldo in Iran 🇮🇷

Fatemeh suffers from 85% paralysis, yet she draws her paintings with great precision with her feet

Such a beautiful clip 💛🥹#AlNassr #Ronaldo𓃵 #CR7𓃵 #النصر_برسبوليس #رونالدوpic.twitter.com/YpkbDFOmPc

— FAISAL RSL (@SaudiPLf) September 19, 2023

Kekurangan yang dihadapi Fatemeh tidak membataskan kebolehannya untuk menghasilkan karya-karya seni.

Pelukis wanita itu mampu menghasilkan potret dengan menggunakan kakinya.

Untuk makluman, Ronaldo kini bermain bersama kelab di Liga Profesional Arab Saudi, Al-Nassr selepas berpindah dari Manchester United.

Ronaldo mengikat kontrak bersama Al-Nassr sehingga Jun 2025 dengan nilai €200 juta (RM931 juta).

Al-Nassr kini berada di kedudukan keenam liga selepas enam perlawanan dengan mata terkumpul 12 dalam empat kemenangan dan dua kekalahan.

Sebelum ini,Ronaldo secara rasminya memutuskan untuk meninggalkan United selepas kedua-dua pihak bersetuju menamatkan kontrak dengan lebih awal, lapor Talk Sport.

BACA JUGA: Ronaldo Bersujud, ‘Siu’ Lepas Jaringkan Gol Untuk Al Nassr

Hal tersebut salah satunya dipercayai berpunca daripada temu bualnya dengan Piers Morgan yang ‘meletup’ di mana dia mengkritik pengurus United, Erik Ten Hag secara terang-terangan.

Ekoran daripada keputusannya untuk keluar daripada United, Ronaldo bebas untuk menandatangani mana-mana kelab yang ingin disertainya.

Susulan itu, Al-Nassr yang melihat peluang keemasan itu menawarkan kontrak selama dua tahun setengah kepada bintang bola sepak berkenaan.

Sumber: Instagram Al-Nassr, Twitter X @SaudiPLf

The post Impian Tercapai, Pelukis Kurang Upaya Akhirnya Dapat Bertemu Dengan Ronaldo appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *