Kenyataan pempengaruh yang dikenali sebagai Abang Tesla yang mengatakan ‘isteri pertama untuk dihargai manakala isteri kedua untuk dicintai’ telah mencetuskan rasa tidak senang orang ramai.

Abang Tesla mendakwa istilah terbabit dinyatakan seorang ustaz ketika sesi deeptalk bersama isteri pertamanya di dalam kereta mengenai poligami.

Bagaimanapun, pendakwah dan penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus berpandangan istilah tersebut hanyalah perkataan yang dimainkan netizen tanpa merujuk mana-mana hadis atau kitab.

Katanya dalam video ceramah yang dikongsi di laman Facebooknya, Ustaz Azhar menyatakan jika ada individu yang mengamalkan istilah itu dalam Islam, maka sememangnya dia sudah sesat dan balasannya adalah neraka.

“Itu hanya perkataan yang dimainkan netizen, jadi kita nak ikut netizen atau hadis? Kalau ikut netizen maka sesatlah kamu dan jumpa api neraka.

“Hanya dua perkara sahaja yang kita perlu ikut iaitu al-Quran dan hadis, jika kita tidak ikut kedua-dua ini, maka kita akan sesat,” katanya.

Ujarnya lagi, kebanyakan status atau perkongsian di laman Facebook hanyalah semata-mata ingin mendapatkan like dan ada sesetengah individu tidak merujuk mana-mana kitab atau hadis sebelum berkongsi.

“Tak salah nak tulis status hari-hari, tapi biarlah perkara yang betul. Sekarang apa yang ditulis semua boleh baca. Kalau salah, sampai akhirat kita menanggung dosa,” katanya.

Tambahnya, sepatutnya semua individu perlu menulis perkara yang baik dan perlu menjaga perasaan isteri pertama supaya tidak menjadi mangsa kecaman orang lain.

“Sebenarnya isteri pertama dan kedua adalah tanggungjawab kita dan kita akan ditanya di akhirat.

Jelasnya, nabi berpesan seorang suami yang baik adalah suami yang akan berbuat baik kepada semua isteri tidak kiralah berapa isterinya.

Ingat tu kepada anda yang berpoligami, hargai dan dicintai isteri-isteri anda sama rata.

Baca: “Hanya kita dan Allah yang tahu…” – Isteri Pertama Abang Tesla Buka Mulut Isu Dimadukan
Isteri Pertama Abang Tesla

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *