Masih rancak isu pertelingkahan dan tuduhan daripada pempengaruh Indonesia Mondy Tattoo dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Pempengaruh dari Indonesia itu mendapat back up daripada penyanyi rap serta aktivis, Caprice yang seakan menjadi orang tengah dalam isu yang kian panas ini.

Artikel berkaitan: Kes Ebit Lew-Mondy: 13 Saksi Dipanggil Bantu Siasatan Dakwaan Gangguan Seksual

Artikel berkaitan: “Mondy jauh lebih baik” – Caprice ‘Sound’ Wanita Buat Tuduhan Berzina Pada Isterinya

Terbaru, Caprice menerusi laman Instagram miliknya mendedahkan satu lagi bahagian cerita tersebut apabila dia menghubungi ibu pempengaruh Indonesia itu bagi mendapatkan kenyataan dari pihaknya.

Dalam panggilan WhatsApp itu, ibu Mondy mendedahkan Ustaz Derry Sulaiman sengaja menakut-nakutkan dia dan bapa tirinya dengan memberitahu Mondy kini menjadi buruan di Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

“Ustaz Derry-nya bilang Mondy kini jadi buruan, bagaimana perasaan seorang ibu kan? Pastinya sangat terkejut dan takut,” kata ibunya itu.

Menjadikan isu ini lebih berat, Caprice berkata kepada ibu Mondy bahawa nombor yang digunakan Mondy berbeza dengan apa yang ditangkap layar dalam sesi live Ustaz Derry Sulaiman.

Ibunya itu turut mengakui perkara itu dan menganggap ianya salah satu taktik untuk menjadikan Mondy mangsa keadaan.

Dalam sesi panggilan itu, ibu Mondy turut meminta maaf kepada Caprice dan memberitahu dia hanya risaukan keadaan anaknya yang berada di luar negara itu.

Hmm, makin panas cerita ni…

Sumber: Instagram 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *