bu syukor majid meninggal dunia

Ibu Kepada Pemilik Syukor Burger Meninggal Dunia

Ibu kepada usahawan, Syukor Majid dilaporkan telah meninggal dunia pada tengah hari tadi.

Difahamkan, ibu Syukor telah berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk menjalani rawatan sejak dua minggu lepas.

Berdasarkan hantaran usahawan tersebut di Facebook semalam, kedua-dua mata ibunya berfungsi dengan baik tetapi tidak dapat memberikan respons seperti biasa.

“Mata mama buka tutup tapi takde respon sohih. Paru-paru mama okay dah, cuma otak bengkak tu yang jadi masalah.”

Namun begitu , usahawan yang terkenal dengan “Syukor Burger” itu memaklumkan berita pemergian ibunya pada hari ini menerusi laman yang sama.

“Assalamualaikum, mama kesayangan abang dah pergi buat selama-lamanya. Beliau menghembuskan nafas terakhir pukul 12.38 tengahari tadi,” katanya.

Jelas Syukor, semua ahli keluarganya sempat berada di samping ibunya sewaktu arwah menghembuskan nafas terakhir pada tengah hari tadi.

Dalam pada itu, Syukor menggambarkan ibunya sebagai seorang yang sangat baik dan memiliki perwatakan yang penyayang.

Usahawan tersebut telah menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana sempat berada di sisi ibunya sehingga saat-saat terakhirnya.

“Mama ibu yang sangat baik, sangat penyayang. Uko bertuah jadi anak mama, tak mampu uko balas segala budi baik mama.

“Abang bersyukur Allah bagi extra time dua minggu ni untuk jaga mama.

Pada akhir kenyataannya, Syukor Majid meminta orang ramai untuk memanjatkan doa agar ibunya di tempatkan dalam kalangan yang beriman.

“Kita doakan Allah permudahkan segala urusan mama, luaskan dan terangkan pembaringan mama, tempatkan mama dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Aminnnn.

“Uko sayang mama, tunggu uko kat sana ya mama.”

Syukor Majid seseorang yang tidak berkira dengan ibu bapa

Sebelum ini, Syukor Majid mendedahkan bahawa dia tidak pernah berkira dengan ibu bapanya.

Usahawan tersebut percaya kerana kehadiran kedua ibu bapanya telah menyebabkan rezekinya mencurah-curah, seperti yang digambarkan sahabatnya, Cikgu Fadli Salleh yang juga merupakan seorang pempengaruh di media sosial.

Beliau sebelum ini telah membelikan kereta Range Rover Evoque kepada ibunya serta memberikan kereta berjenama Bentley kepada bapanya.

Terdahulu, usahawan ini pernah mencipta ‘fenomena’ dengan menjual burger menerusi jenama Syukor Burger dan menjadi idola ramai pengikut di media sosial.

BACA: Cara Fresh Grad Nak Buat Resume Mantap Abad Ke-20

Sumber: Syukor Majid via Facebook

The post Ibu Kepada Pemilik Syukor Burger Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *