nasib jadon sancho

“Ia Tidak Adil,” Jadon Sancho Dakwa Dijadikan Kambing Hitam Sejak Sekian Lama

Pemain sayap Manchester United, Jadon Sancho mendakwa dirinya dijadikan sebagai kambing hitam sejak sekian lama di kelab tersebut.

Sancho menyatakan perkara tersebut di laman Twitter hari ini selepas Jurulatih United, Erik Ten Hag mendakwa pemain itu tidak diturunkan kerana prestasi ketika latihan yang tidak memuaskan.

Dalam kenyataan itu, dia menggesa peminat The Red Devil di luar sana untuk tidak mempercayai sepenuhnya sumber yang dibaca.

“Tolong jangan percaya sepenuhnya apa yang anda baca! Saya tidak akan benarkan orang ramai menyebarkan perkara yang tidak betul, saya telah melibatkan diri saya dalam latihan setiap minggu dengan baik.

“Saya percaya terdapat sebab tertentu mengapa saya tidak disenaraikan. Sejak sekian lama, saya menjadi kambing hitam dan itu tidak adil,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Gambar: Oli Scarff / AFP

Tambah pemain berusia 23 tahun itu, dia menyatakan hasratnya untuk terus bermain dan terlibat dengan United.

“Apa yang saya ingin lakukan adalah bermain bola sepak dengan satu senyuman terukir di muka dan terlibat dengan pasukan.

“Saya hormati semua keputusan yang dibuat oleh barisan kejurulatihan, saya bermain dengan pemain-pemain yang hebat dan saya bersyukur dengan perkara itu yang mana saya tahu setiap minggu adalah satu cabaran.

“Saya akan terus berjuang demi lencana ini tidak kira apa sekalipun,” jelas pemain kebangsaan England itu.

Pada tahun 2021, pemain sayap itu telah berpindah ke United dari Borussia Dortmund dengan nilai RM 428.2 juta ( 73 juta Pound Sterling).

pic.twitter.com/1TGqXaPXOc

— Jadon Sancho (@Sanchooo10) September 3, 2023

Sebelum ini, Ten Hag berkata telah menjelaskan mengenai keputusan tidak menyenaraikan Sancho.

“Tentang Sancho, kami tidak menyenaraikannya disebabkan prestasinya ketika latihan. Setiap pemain perlu mencapai tahap mereka di Manchester United dan barulah kami boleh membuat pilihan di barisan hadapan.

“Jadi, untuk perlawanan kali ini kami tidak menyenaraikan dia,” kata Ten Hag.

Susulan itu, pemain tersebut tidak mengikuti dalam perlawanan semalam yang mana menyaksikan United tewas 1-3 ke atas Arsenal di London.

Dua Gol Penghujung Babak Kedua Ranap Impian United Bawang Pulang 1 Mata

Dalam perlawanan minggu ke-4 Liga Perdana Inggeris (EPL) menyaksikan pertembungan dua gergasi liga, Arsenal dan Manchester United di gelanggang Emirates.

Aksi yang penuh mendebarkan itu menyaksikan perlawanan berkesudahan Arsenal menang dengan skor 3-1 termasuk dua gol di masa kecederaan.

BACA JUGA: Proses Jualan Berlarutan, Ratcliffe Masih Berminat Beli Man United

Pun begitu, Marcus Rashford terlebih dahulu meletakkan United di depan menerusi gol pembukaan pada minit ke-27 serangan balas sejurus menerima hantaran cantik Christen Eriksen.

Glyn Kirk / AFP

Kegembiraan pelawat tidak bertahan lama apabila kapten tuan rumah, Martin Odegaard menyamakan kedudukan selang 35 saat kemudian pada minit ke-28.

Drama di penghujung perlawanan bermula apabila United menjaringkan gol kedua menerusi Alejandro Garnacho namun dibatalkan oleh pengadil pada minit ke-88.

Pemain termahal The Gunners dalam jendela perpindahan kali ini, Declan Rice meletakkan tuan rumah di landasan kemenangan apabila merembat masuk bola ke gawang Andre Onana di waktu kecederaan.

Gambar: AFP

Penyerang Arsenal, Gabriel Jesus mengunci tiga mata tuan rumah menerusi gol ketiga sekali lagi pada lewat masa kecederaan sekaligus meranapkan impian United untuk mencuri 1 mata ke Old Trafford.

Sumber: Twitter Jadon Sancho, Sky Sports

The post “Ia Tidak Adil,” Jadon Sancho Dakwa Dijadikan Kambing Hitam Sejak Sekian Lama appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *