Tak dapat dinafikan, bila mana-mana syarikat iklankan jawatan kosong, mesti ramai orang yang akan menghantar resume mereka. Sampai bahagian sumber manusia perlu menapis satu persatu resume yang diberikan oleh calon.

Namun, lain pula dengan cara seorang calon ini apabila dia menyunting wajahnya ‘sebesar alam’ pada resume sendiri. Mungkin cara ini dapat membezakan dirinya dengan calon yang lain.

Resume

Semua detail lengkap dalam resume cuma..

Kebiasaannya, maklumat peribadi calon akan disusun kemas dalam resume seperti nama, alamat rumah, nombor telefon, emel dan lain-lain. Untuk gambar calon pula, ia akan diletakkan di sebelah kanan ataupun kiri resume serta saiznya tidak terlalu besar atau terlalu kecil.

Artikel berkaitan: “Kreatif habis!” – Wanita Cetak Resume Atas Kek & Hantar Kepada Nike Sebab Nak Mohon Kerja

Artikel berkaitan: Dipanggil Interview 3 Jam Lepas Pacak Resume Di Stesen Kereta Api, Lelaki Kini Kerja Di Bank

Sama seperti lelaki ini kerana maklumat dirinya lengkap dan terperinci namun dia membuat kelainan sedikit dengan menyunting gambarnya sama seperti saiz kertas A4.

Harap diterima kerja – kapsyen hantaran

“Tak hire lagi dah tahu orangnya kelakar”

Walau bagaimanapun, gambar yang tular di TikTok itu telah menmbuatkan ramai netizen terhibur. Masing-masing berseloroh dan mengandaikan calon itu seorang yang kelakar dan kreatif.

Resume 1

Resume 5

Ada juga yang ‘memberi amaran’ kepada bahagian sumber manusia jika tidak hire calon itu sebagai pekerja di syarikat tersebut.

Resume 2

Sesetengah daripada mereka juga terhibur dan hire lelaki itu jika mereka adalah pegawai sumber manusia.

Resume 3 Resume 4

Kreatif betul! Ni kalau HR tak hire mesti teringat-ingat sampai masuk mimpi.

Sumber: TikTok

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *