Bila tiba musim bercuti, korang mesti tak nak lepaskan peluang untuk pergi melancong sama ada di dalam atau di luar negara kan? Tapi faham je, tak semua mampu atau ada masa nak bercuti dekat luar negara.

Tapi jangan risau! Cuti dekat Malaysia pun best tau, selain banyak negeri-negeri yang korang tak pernah kunjungi, ada juga banyak hotel-hotel unik yang min yakin korang tak pernah lagi experience. Jadi, kalau korang mahukan kelainan untuk percutian korang kali ni, tengok je senarai hotel-hotel unik dekat bawah ni. Confirm lain dari yang lain!

1. A’moss Farmstay, Cameron Highlands

16012023021112 1598879340101 Img 0399

 

Artikel berkaitan: Ciel Dubai Marina Bakal Jadi Hotel Tertinggi Di Dunia Dengan 82 Tingkat

Artikel berkaitan: Wake up gift” – Hotel Penginapan Pemain Staff Selangor FC Dikejutkan Dengan Bunga Api Jam 3 Pagi?

 

Berlawanan dengan cuaca iklim di Malaysia, tempat penginapan ni menawarkan pengunjung pengalaman duduk dalam sebuah igloo bersuhu sejuk. Apa yang menariknya, igloo ini terletak di kawasan perladangan di Cameron Highlands yang menjanjikan udara yang nyaman serta suasana yang tenang.

Selain itu, tempat ini juga sesuai untuk pengunjung yang ingin membuat aktiviti glamping serta bercucuk tanam. Dengan pemandangan yang memukau mata serta panorama mengagumkan, mesti korang tak menyesal berkunjung ke sini.

2. Terra Tree House, Pahang

Tree House

Terletak di dalam kawasan pergunungan Cameron Highlands, tempat penginapan ini pasti menjadi keutamaan orang yang berjiwa nostalgia serta sukakan kehijauan alam sekitar.

Kalau korang nak tahu, hotel yang bercirikan rumah pokok ni dibina oleh Orang Asli sendiri tanpa menggunakan sebarang mesin atau jentera bagi mengekalkan rupa bentuk asal alam sekitar di situ tau.

Bukan tu je, kalau korang sukakan aktiviti lasak, tempat ni memang sesuai sangat! Sebabnya, bermula dari pintu gerbang, korang perlu redah laluan gunung yang agak curam dan mencabar untuk sampai ke rumah pokok ni.

3. Riccarton Capsule, Kuala Lumpur

Rivcc

Untuk hotel yang terletak di ibu negara ni pula, menggunakan konsep kapsul yang memberi sentuhan futuristik ala-ala dalam filem sains fiksyen tau! Walaupun kapsul yang diberikan hanya berukuran 4 kaki lebar dan 8 kaki panjang, ia juga lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti penghawa dingin, TV pintar dan juga WiFi.

Tak cukup dengan itu, dengan reka bentuk aeroangkasa, kapsul ni juga mempunyai sistem keselamatan yang canggih seperti pengesan asap dan butang panik tau. So, kalau korang nak feel macam filem Star Wars, bolehlah datang sini!

4. Container Hotel, Kuala Lumpur

Container Hotel 768X432 1

 

Hotel yang terakhir sekali ini pula berkonsepkan gaya seni bina Jepun iaitu Kyosho Jutaku yang bermaksud keselesaan dalam ruang yang kecil. Jadi, konsep ini diterjemahkan dengan menggunakan ruang kontena yang diperbaharui sebagai tempat penginapan.

Walaupun begitu, dalam ruang ini masih mampu memuatkan sebuah tempat duduk dan kemudahan untuk menyeterika pakaian. Kalau korang nak rasa pengalaman tidur di kontena, hotel ni memang sesuai sangat untuk korang!

Tak sabarnya nak plan percutian seterusnya. Kalau korang, nak pilih hotel yang mana satu?

Sumber: Facebook

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: agoda

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *