Seorang ibu sedih dan pilu apabila anak sulungnya yang hilang beberapa hari akhirnya ditemui dalam keadaan yang sangat menyayat hati.

Vathma menemui mayat anaknya yang difahamkan telah dibunuh serta dibakar berdekatan kawasan Hutan Percha, Alor Gajah, Melaka.

Artikel berkaitan: “Tak sempat besar dengan ayahnya” – Misteri Lelaki Hilang 9 Hari Terungkai, Mayat Ditemui Dalam Longkang

Artikel berkaitan: Misteri Mayat Lelaki 40-an Ditemui Dalam But Kereta, 4 Warga Asing Ditahan

Menurut laporan Astro AWANI, polis belum mengesahkan itu adalah mayat anaknya, R Darvnrajh, yang dilaporkan hilang sejak 10 September lalu, namun menerusi satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular, Vathma mengakui lelaki yang dipukul tiga individu lain merupakan anaknya.

Cats 36

Difahamkan, Vathma kali terakhir melihat anak sulungnya itu keluar rumah untuk menonton wayang bersama adik bongsunya serta rakan-rakannya yang lain pada 9 September lalu.

Sebelum kejadian itu, Vathma berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri satu acara keagamaan dan mangsa meminta izin untuk keluar menonton wayang.

“Ketika itu saya berat hati nak membenarkan mangsa keluar rumah, namun selepas dipujuk suami dan anak, saya akhirnya membenarkan.

Tapi bila saya tiba di rumah di Tampin, kira-kira jam 2.30 pagi pada 10 September, anak saya masih tiada di rumah dan kemudian kami melaporkan kehilangan mangsa di balai polis berdekatan,” katanya.

Apa yang lebih mengharukan, penemuan mayat itu dimaklumkan kepada Vathma sebelum tarikh ulang tahun anak sulungnya itu pada 10 September lalu dan mereka tidak dapat menyambutnya bersama-sama.

Ibu itu tidak tahu mengapa anaknya itu diperlakukan sedemikian sekali gus menolak kemungkinan ianya berpunca dari cemburu kerana anak lelakinya itu tidak mempunyai teman wanita.

“Cuma sebelum kehilangannya dia ada memaklumkan kepada rakan untuk mencari pembeli motosikal lama jenis Yamaha 125Z miliknya.

Dia beritahu wang sebanyak RM4,000 hasil jual motosikal itu untuk digunakan bagi perbelanjaan bekerja Lapangan Terbang Changi, Singapura tapi wang yang dia dapat pun tiada di rumah,” katanya.

Polis Melaka difahamkan akan mengeluarkan kenyataan berhubung kes penemuan mayat di Alor Gajah baru-baru ini.

Sumber: Astro AWANI

Sumber: Utusan

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *