TUDM lakukan penerbangan rendah

Hari Kebangsaan: TUDM Lakukan Penerbangan Rendah Di Putrajaya, Selangor Mulai Esok

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) — Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan memulakan latihan penerbangan taktikal secara rendah bagi persiapan sambutan Hari Kebangsaan bermula esok hingga 31 Ogos ini.

TUDM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pasukan itu telah dipertanggungjawabkan bagi mengetuai acara melibatkan segmen udara dan persembahan udara yang melibatkan pesawat milik TUDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) daripada pelbagai kategori seperti pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter.

“Sepanjang latihan berlangsung, pesawat-pesawat tentera dan pasukan keselamatan ini akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan-kawasan tertentu khususnya di sekitar ruang udara Putrajaya dan Selangor.

“TUDM ingin memaklumkan kepada orang ramai agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat tentera khususnya pesawat TUDM dan ATM serta pasukan keselamatan lain terbang rendah di sepanjang tempoh latihan dilaksanakan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

The post Hari Kebangsaan: TUDM Lakukan Penerbangan Rendah Di Putrajaya, Selangor Mulai Esok appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *