cara apply skim perkeso

Hanya 2 Dokumen Diperlukan, Ini Cara Nak “Apply” Skim Perlindungan Perkeso Dan Manfaatnya

Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri adalah satu inisiatif yang memberikan perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.

Akta ini diadakan bagi memperuntukkan keselamatan sosial mereka yang bekerja sendiri dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Menurut Perkeso, akta ini hendaklah terpakai bagi mana-mana warganegara atau pemastautin tetap di Malaysia yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri.

Di awal penubuhan skim ini, ia diwajibkan ke atas Sektor Pengangkutan Penumpang iaitu pemandu teksi, e-hailing dan pemandu bas.

Namun begitu, pada 1 Januari 2020, perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan sendiri ini telah diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri yang lain.

Mana-mana individu bekerja sendiri yang mencarum di bawah skim ini akan mendapat perlindungan bermula tarikh dan masa carumannya dibayar.

Selain itu, caruman tersebut mestilah diperakui menerusi resit bayaran caruman yang dikeluarkan setiap bulan.

Kredit Perkeso

Siapa yang layak mohon skim ini?

Bagi mereka yang tertanya-tanya siapa yang layak untuk skim ini, jangan risau kerana ia meliputi semua orang termasuk pemastautin tetap.

Mereka yang layak adalah semestinya warganegara Malaysia atau pemastautin tetap di negara ini tanpa mengira had umur semasa permohonan.

Individu yang menjalankan pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah dialu-alukan bagi menyertai skim ini.

Bagi mereka yang berminat, dokumen yang anda perlukan adalah salinan kad pengenalan, salinan kad PSV atau profil e-hailing atau permit atau lesen.

Kalau anda tiada salinan-salinan tersebut, anda juga boleh dapatkan surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih.

Kepada mereka yang sudah mencarum dalam skim ini, anda akan diberi perlindungan berinsurans bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan. Ia termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.

Bencana Pekerjaan sendiri adalah kecederaan yang dialami oleh mereka yang berinsuran di bawah skim ini yang disebabkan oleh kemalangan atau penyakit pekerjaan.

Penyakit pekerjaan pula adalah penyakit yang berpunca atau muncul daripada aktiviti pekerjaan yang dilakukan seperti dalam Akta Keselamatan Sosial 1969.

Skim ini bukan sahaja menyediakan faedah tunai kepada mana-mana pencarum yang bekerja sendiri serta tanggungannya. Malah skim ini juga akan menyediakan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional kepada pencarum.

BACA: Viu Buat Showcase Percuma 31 Ogos, Boleh ‘Meet & Greet’ Artis Termasuk Bunkface & MK K-Clique

Antara faedah-faedah yang bakal diperolehi oleh pencarum:

Kredit Perkeso
Kredit Perkeso
Kredit Perkeso
Kredit Perkeso
Kredit Perkeso
Kredit Perkeso
Kredit Perkeso
Kredit Perkeso

Jadi bagi anda yang bekerja sendiri di luar sana, jangan lepaskan peluang skim yang menarik ini. Selain mendapatkan perlindungan, ia juga dapat membantu buat keluarga anda.

Sumber: Perkeso, Akta 789 Perkeso

The post Hanya 2 Dokumen Diperlukan, Ini Cara Nak “Apply” Skim Perlindungan Perkeso Dan Manfaatnya appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *