Seorang ibu di Korea Selatan, dipenjara enam bulan atas kesalahan mengintai (stalking) anak perempuannya.

Independent UK melaporkan, tertuduh yang berusia 50-an itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan antara Disember 2021 dan Mei 2022.

Menurut mahkamah daerah di Daejeon, tertuduh menghantar 306 mesej teks dan menghubungi anak perempuannya itu sebanyak 111 kali.

Artikel berkaitan: ‘Stalker’ Ganggu Wanita Selama 8 Tahun Jadi Individu Pertama Didakwa Bawah Akta Anti-Menghendap

Artikel berkaitan: ‘Stalking’ Berulang Kali Di Media Sosial Dikira Sebagai Satu Jenayah

2286177

Lapor akhbar The Korean Herald, pada awalnya, mesej itu mengandungi permintaan biasa, seperti mencadangkan anak perempuannya membaca Injil atau bertanya soal kediaman.

Walau bagaimanapun, anak perempuan itu enggan membalas mesej berkenaan. Tidak dinyatakan kenapa anak perempuan itu tidak membalas mesej ibunya.

Disebabkan itu, mesej ibunya kemudian bertukar menjadi berunsurkan ‘penderaan’, termasuk dikatakan menghina mengenai tingkah laku seksual anak perempuan itu.

Tidak hanya itu, mahkamah diberitahu tertuduh juga terbabit dalam menghendap mangsa secara fizikal.

Dia dilaporkan membuat lapan lawatan tanpa kebenaran ke kediaman anak perempuannya dalam tempoh tertentu.

Menerusi laporan dokumen mahkamah daerah Daejeon, tertuduh ada kalanya secara sembunyi menghendap ke dalam rumah anak perempuannya.

Meskipun polis sudah mengeluarkan perintah injunksi terhadap si ibu pada Jun lalu, tertuduh tetap ingkar arahan itu dan menceroboh rumah anaknya, sebanyak enam kali.

Walaupun tertuduh mendakwa tindakannya tidak disengajakan dan tidak dirancang, mahkamah tetap menolak pembelaannya.

Sumber: Independent UK

Sumber: The Star

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *