Bagi ‘menyelamatkan’ diri daripada kanser limfoma tahap 2 jadi semakin melarat, Norfarahain Abd Manap, 34 memerlukan perbelanjaan sebanyak RM420,000 untuk mendapatkan 24 suntikan yang disyorkan doktor.

Bagaimanapun, agak mendukacitakan, sehingga kini dia gagal mengumpul dana tersebut, katanya kepada Berita Harian, dia hampir putus asa sampaikan pernah terfikir untuk mendapatkan bantuan daripada gereja.

Artikel Berkaitan : “Baru baik dari kanser”- Tular Video Pelajar Dibelasah Beramai-ramai, 7 Suspek Ditahan Polis

Artikel Berkaitan : “Jangan menangis saya akan ok” – Chef Wan Disahkan Menghidap Kanser Limfoma

 

Minta bantuan pihak berwajib, mereka ‘mendiam’

Tambah suri rumah tersebut, dia tidak menafikan ada menerima beberapa sumbangan secara one-off, namun jumlah itu hanya mampu menampung kos ulang-alik ke hospital.

Jelasnya lagi, permohonannya untuk mendapat bantuan daripada Kementerian Pertahanan (MINDEF) mahupun Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) masih tiada jawapan.

Ujar Norfarahain lain, dia jadi makin tertekan memikirkan nasib jangka hayatnya itu yang semakin pendek berikutan masih gagal mendapatkan rawatan sesuai.

Screenshot 2023 09 07 164916

“Ubat yang disyorkan doktor menyamai dengan harga sebuah rumah iaitu RM420,000, …memang kami tidak mampu.”

“Dengan pendapatan suami yang bekerja sebagai anggota tentera, Muhammad Adam Abdullah, 29, kami perlu menyara dua anak hasil perkahwinan pertama saya.”

Sementara itu, suami kepada Norfarahain, Muhammad Adam berkata suntikan pembrolizumab diperlukan untuk meningkatkan peluang hidup.

Menurutnya lagi, ubat itu telah telah disyorkan oleh doktor untuk meningkatkan sistem imunisasi badan untuk mengesan, melawan sel tumoe secara sasaran dan meningkatkan peluang untuk penghidap kanser paru-paru hidup.

“Isteri memerlukan 24 suntikan berharga RM420,000, harganya sangat tinggi. Sudah hampir sebulan kami memohon bantuan kewangan bagi perubatan isteri, kami merayu agar agensi berkaitan membantu sebelum berlaku sebarang kemungkinan.”

Sebelum ini, sumber ada dedah kisah Norfarahain yang menghidap penyakit ini pada peringkat awal Ogos tahun lalu, dia menjalani rawatan kimoterapi yang berakhir pada Februari lalu.

Screenshot 2023 09 07 165139

Namun begitu, sel kansernya kembali aktif Jun lalu dan sudah merebak serta mencecah tahap 2 dan telah merebak ke paru-paru.

Hasil pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan), wanita itu didapati memiliki ketumbuhan sebesar 12 sentimeter di paru-paru hingga mengganggu sistem pernafasan. Ia menyebabkannya kerap batuk, sesak nafas serta badannya lemah.

Sumber : Berita Harian

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *