Baru-baru, sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2023 telah berlangsung dengan meriah di Dataran Putrajaya dan difahamkan, sambutan itu telah menarik sehingga 100,000 pengunjung.

Namun, acara besar-besaran itu telah menyebabkan banyak sampah dibuang merata-rata selepas acara.

Menurut laporan, sampah sarap dilihat bersepah di kaki lima jalan raya sekitar Putrajaya.

5

Pihak Alam Flora iaitu syarikat yang terlibat dengan pengurusan sisa pepejal dan bahan buangan menerusi TikTok mendedahkan bahawa pihak mereka menganggarkan bahawa hampir 20 tan sampah dikutip oleh pekerja-pekerja pembersihan Alam Flora di Putrajaya selepas acara sambutan kemerdekaan itu.

@alamflorasdnbhd

Alam Flora menganggarkan hampir 20 tan sampah terkumpul setelah selesai kerja-kerja kutipan dan pembersihan selepas sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-66 di Putrajaya semalam. Sebanyak 125 pekerja pembersihan, penyelia dan eksekutif operasi Alam Flora telah menjalankan kerja-kerja pembersihan seawal 4 pagi dan berakhir sekitar jam 7 malam. Kerja-kerja pembersihan dipecahkan kepada lapan subzon iaitu Zon 1 – kawasan perarakan utama, Zon 2 – Presint 3, Zon 3 – Bulatan Gemilang , Zon 4 – di hadapan Kementerian Kewangan, Zon 5 – Dataran Putra, Zon 6 – Lebuh Bestari , Zon 7 – Persiaran Perdana Presint 4 dan Zon 8 – Monumen Alaf Baru, Presint 2. Alam Flora telah menyediakan 700 unit tong sampah bergerak (MGB) pelbagai saiz dan ditempatkan di beberapa lokasi bagi memudahkan orang ramai membuang sampah. #JomRawatBumi #CurbOceanPollution #HariKemerdekaanKe66 #EnhancingLifeEnrichingCommunities #fyp #masukberanda

♬ Negaraku – Joe Flizzow & Altimet & SonaOne & Faizal Tahir

Difahamkan lagi, seramai 125 pekerja pembersihan termasuk penyelia dan eksekutif operasi Alam Flora telah menjalankan kerja-kerja pembersihan seawal jam empat pagi.

Operasi pembersihan itu kemudiannya selesai jam tujuh malam.

Pihak Alam Flora juga telah menyediakan sebanyak 700 unit tong sampah bergerak yang pelbagai saiz di beberapa lokasi untuk memudahkan orang ramai membuang sampah.

7

Warganet pula berharap agar pekerja-pekerja Alam Flora beserta jentera mereka akan turut serta dalam perarakan merdeka pada tahun hadapan untuk mengenang jasa mereka.

Selain itu, ada juga netizen lain yang berpendapat bahawa pengunjung sambutan hari kemerdekaan yang akan datang untuk membawa sendiri plastik sampah untuk membuang sampah masing-masing.

3

Betul tu kan, dah berpuluh tahun kita merdeka, tapi masalah sampah ni tak jugak selesai. Harapnya lepas ni, semua orang akan lebih cakna dengan isu sampah ini terutamanya ketika acara-acara berskala besar. 

Sumber: TikTok @alamflorasdnbhd

Baca: “Bila nak berubah?” – Sambutan Hari Merdeka Meriah Tapi Banyak Sampah Dibuang Merata-rata?

Sampah Hari Merdeka

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *