Tindakan sepasang kekasih yang menyalakan suar semasa penggambaran pra-perkahwinan di Gunung Bromo, Indonesia membawa padah apabila ia menjadi punca kebakaran besar seluas 50 hektar dalam kejadian minggu lalu.

Kejadian malang tersebut berlaku di kawasan Bukit Teletubbies selepas suar dinyalakan bagi mengeluarkan asap sebagai effect latar belakang penggambaran romantik mereka seperti yang diarahkan oleh penganjur perkahwinan.

Screenshot 2023 09 17 At 1.30.12 Pm

Selepas pihak berkuasa berjaya mengawal dan memadam api yang menjilat hampir keseluruhan kawasan cantik itu, keadaan Gunung Bromo berubah menjadi hangus. Video terkini keadaan Gunung Bromo boleh dilhat dalam video @Heraloebss dibawah.

Untuk rekod, dalam rakaman yang tular di media sosial, kelihatan pasangan tersebut sedang bergembira mengambil gambar dengan memegang suar di tangan mereka. Suar yang dipegang itu mengeluarkan asap yang banyak sebelum dipercayai mencetuskan kebakaran di gunung tersebut.

 

Baca: 50 Hektar Rumput Di Gunung Bromo Terbakar Gara-gara Photoshoot Gambar ‘Pre-Wedding’

Screenshot 2023 09 17 At 1.28.50 Pm

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *