Guru jadikan pelajar sebagai content

Guru Jadikan Pelajar “Content” Media Sosial Boleh Dikenakan Tindakan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan bahawa guru boleh dikenakan tindakan jika menjadikan pelajar sebagai kandungan media sosial, lapor Sinar Harian.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mereka yang melanggar garis panduan penglibatan murid di media sosial.

“Sekiranya garis panduan itu tidak dipatuhi dan ada aduan, tindakan boleh diambil,” katanya kepada pemberita selepas sesi Town Hall Sinar Harian bersama Menteri Pendidikan.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa ibu bapa kini gelisah dengan tindakan segelintir guru yang menggunakan pelajar mereka sebagai kandung media sosial.

Rakaman tanpa kebenaran itu kemudiannya dimuat naik ke akaun media sosial demi mengejar populariti dan habuan peribadi.

Dalam pada itu, Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) melaporkan bahawa sekurang-kurangnya satu aduan sehari diterima daripada ibu bapa.

Aduan itu melibatkan anak mereka yang dijadikan kandungan peribadi guru di media sosial milik mereka.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

SPM 2023 Bermula Pada 5 Dis Hingga 7 Mac 2024 – KPM

Terdahulu KPM mengumumkan bahawa tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bakal bermula pada 5 Disember 2023 hingga 7 Mac 2024.

Pengumuman itu dimaklumkan oleh KPM menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi hari ini.

“Jadual waktu peperiksaan SPM Tahun 2023 telah mengambil kira setiap perkara. Ia termasuk jumlah hari persekolahan serta Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri.

“Sila layari laman sesawang Lembaga Peperiksaan di pautan http://lp.moe.gov.my untuk maklumat lanjut dan muat turun Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2023,” maklum KPM.

Difahamkan, peperiksaan itu bakal dimulai dengan Ujian Amali Sains (5-7 Disember 2023). Ujian Bertutur Bahasa Melayu (8-11 Januari 2024), Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (17-23 Januari 2024).

Diikuti Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada 29 Januari 2024.

Sementara itu, Ujian bertulis akan bermula pada 30 Januari hingga 7 Mac 2024.

Walau bagaimanapun, calon diberikan pelepasan pada hari minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Manakala 10 hari lagi hari peperiksaan tidak dijalankan SPM melibatkan Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri.

Sumber: Sinar Harian

The post Guru Jadikan Pelajar “Content” Media Sosial Boleh Dikenakan Tindakan appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *