Gangguan seksual boleh memberikan impak terhadap emosi, psikologi dan fizikal mangsa. Malah, ia boleh sampai ke tahap di mana mangsa akan mempunyai parasaan untuk membunuh diri, mengasingkan diri dan suka berseorangan dek kerana trauma yang mendalam.

Mangsa gangguan seksual ini tidak mengira jantina, umur mahupun bangsa, seperti yang terjadi baru-baru ini di mana seorang pelajar berusia 12 tahun menjadi mangsa gangguan seksual oleh gurunya sendiri.

Menurut laporan Harian Metro, guru lelaki tersebut disyaki mengumpan anak murid lelakinya dengan membawa bermalam di hotel sebelum melakukan perbuatan tidak senonoh kepada kanak-kanak terbabit.

Cats 31
Gambar hiasan

Lebih menyedihkan, perbuatan terkutuk guru terhadap muridnya itu sudah beberapa kali dilakukan dan hanya diketahui keluarga mangsa sekitar Julai lalu.

Ibu mangsa yang berusia 40-an terkejut apabila melihat video perbuatan guru lelaki terbabit yang dihantar ke anaknya.

“Terbaru suspek sekali lagi membawa anaknya ke sebuah hotel lain di Genting Highlands pada 8 September lalu selepas habis waktu sekolah,” katanya.

Difahamkan, ibu mangsa menghubungi guru tersebut selepas menyedari anaknya tidak pulang ke rumah namun suspek memberitahu dalam perjalanan ke sana bersama anaknya.

Ibunya turut meminta guru itu untuk menghantar anaknya pulang namun tidak diendahkan, lalu ibu mangsa terus membuat laporan polis atas nasihat pihak pengurusan sekolah.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) akta kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017 (pindaan 2023).

Sumber: Harian Metro

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *