Bukan kali pertama, sekumpulan penunggang basikal atau diberi julukan ‘geng hobi mahal’ ini sering menerima kritikan orang ramai di media sosial kerana tidak menghiraukan keutamaan laluan untuk pengguna jalan raya.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan sekumpulan penunggang basikal berada di tengah-tengah jalan sebelum dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta yang merakam kejadian tersebut.

Dalam video tersebut, penunggang terbabit dilihat bergerak secara berkumpulan dengan beberapa lagi individu lain turut berada bersebelahan mereka.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di lebuh raya berhampiran Kota Warisan, Sepang, Selangor pada pagi Isnin sebelum mula tular sejak semalam.

Walaupun dilihat mengalami kecederaan akibat perlanggaran tersebut, penunggang terbabit tetap dikecam netizen yang menganggap perbuatan menunggang di lebuh raya adalah satu kesalahan.

Malah, ada yang menyatakan rasa puas mereka selepas kumpulan basikal itu dilanggar oleh kereta.

Namun ada juga mengecam pemandu kenderaan yang tidak peka selepas melihat kehadiran kumpulan penunggang basikal berkenaan.

Pun begitu, ada juga individu yang menyelar komen-komen netizen yang ‘gembira’ dengan musibah yang menimpa penunggang basikal.

Screenshot 2023 08 30 161224 Screenshot 2023 08 30 161246 Screenshot 2023 08 30 161315 Screenshot 2023 08 30 161334 Screenshot 2023 08 30 161315 1

Setakat artikel ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan polis berhubung kejadian tersebut.

Untuk pengetahuan semua, berbasikal di lebuh raya tanpa kebenaran polis dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu yang memperuntukkan hukuman denda RM1,000 hingga RM5,000 atau penjara sehingga 12 bulan.

Baca: “Macam takde time lain”- [VIDEO] Netizen Kesal Ada Geng Basikal Atas Highway Masa ‘Peak Hour’ Pagi Tadi
Ft Basikal Atas Highway

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *