gempa 7.0 bali

Gempa Kuat Berkekuatan 7.0 Magnitud Gegar Bali

Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC) mengatakan gempa bumi berukuran 7.0 magnitud telah melanda kawasan Laut Bali di Indonesia pada Selasa, lapor CNA.

Menurutnya, pusat gempa dikesan pada kedudukan 203 kilometer (km) utara Mataram, Indonesia dan pada kedalaman 516km di bawah permukaan bumi.

Dalam pada itu, US Geological Survey (USGS) mencatatkan gempa itu berlaku pada magnitud 7.1.

Sistem Amaran Tsunami Amerika Syarikat berkata, tiada ancaman tsunami akibat gempa bumi yang melanda jauh di bawah dasar laut.

Tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa walaupun beberapa akaun di platform media sosial X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter menyiarkan video gegaran yang dirasai.

Menjengah di platform X, rata-rata penduduk yang berada di kawasan itu mengatakan mereka merasai gegaran gempa bumi tersebut.

Segelintir pelancong di Bali yang menginap di hotel keluar daripada bangunan itu untuk melihat apa yang berlaku.

Bali gempa lumayan kerasa banget

— Lia Ganni (@agannyi) August 28, 2023

Kerasa lo gempa bali 2 kali lebih di daerah nusadua pic.twitter.com/CR8VOtlugl

— Anyone (@Tarimenari24) August 28, 2023

Terjadi gempa di Bali pada Selasa dini hari pukul 04.00 29 Agustus 2023
Tamu hotel berlarian keluar pic.twitter.com/3SdFWBP2pQ

— B€¥ (@lovelyb1e) August 28, 2023

At 2:50 a.m. the earthquake was felt in Malang, the hotel occupants came out to save their lives..#Bali #earthquake #Gempa #Indonesia #Malang #Bumi #GempaBumi pic.twitter.com/IKlDf4LtGC

— Shadab Javed (@JShadab1) August 28, 2023

BACA: Trak Pun Tak Muat, Penduduk Digemparkan Dengan Penemuan Buaya Gergasi

Tindakan keluar daripada hotel adalah untuk menyelamatkan diri sekiranya bangunan itu runtuh yang boleh meragut nyawa mereka.

Biarpun gegaran itu kuat namun setakat ini tiada yang melaporkan mengenai kerosakan dan kemalangan jiwa.

Gempa bumi itu juga membuatkan mereka yang sedang lena dibuai mimpi terjaga kerana barangan dalam rumah mereka bergoyang.

Bali gempa kenceng bet sampe kebangun w.

— Bye (@byehalal) August 28, 2023

kebangun alarm✖
kebangun gempa☑

bali kenceng bgt apalagi yg di lantai dua

— abil (@syafirabil) August 28, 2023

Sumber: CNA

BACA: Gempa 7.2 Magnitud Gegar Alaska, Amaran Tsunami Dikeluarkan

The post Gempa Kuat Berkekuatan 7.0 Magnitud Gegar Bali appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *