Maut cedera nahas kendiri

Gawai Tukar Tragedi: Seorang Maut & 2 Cedera Dalam Nahas Kendiri

Kegembiraan sambutan Hari Gawai bertukar tragedi apabila seorang wanita terkorban dan dua lagi cedera dalam nahas kendiri di Jalan KJD di Julau, Sarikei.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata, nahas dilaporkan berlaku sekitar jam 10.15 malam.

“Sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor telah diatur gerak ke lokasi dan mendapati sebuah kereta Toyota Vios telah hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.

“Terdapat seorang mangsa wanita tersepit di tempat duduk penumpang hadapan, manakala pemandu, seorang lelaki berusia 25 tahun telah berjaya keluar sendiri.

“Seorang lagi penumpang belakang yang berusia 19 tahun telah mengalami patah kaki dan dikeluarkan oleh pihak paramedik Klinik Kesihatan Julau yang tiba lebih awal, dengan bantuan orang ramai,” ujarnya.

Jelas Henderi, pihak bomba telah menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit, namun mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh paramedik.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

BACA: Suami Isteri Tertipu Beli Tanah ‘Lot Lidi’, Rugi Lebih RM300,000

Sumber: Astro Awani

The post Gawai Tukar Tragedi: Seorang Maut & 2 Cedera Dalam Nahas Kendiri appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *