Berang terhadap tindakan ibunya, dua beradik bertindak membawa diri dan memandu kenderaan sejauh lebih 300 kilometer akibat merajuk. Lebih mengejutkan, kenderaan terbabit dipandu si adik lelaki yang berusia 10 tahun!

Dua beradik itu bernasib baik apabila pihak polis berjaya menghentikan kenderaan dinaiki mereka itu dalam satu operasi khas di lebuh raya.

Dikatakan kanak-kanak lelaki keluar dari bahagian pemandu dan pihak polis turut terkejut ketika menahan kereta itu. Kanak-kanak perempuan pula keluar sejurus adiknya diarahkan keluar dari kenderaan mereka.

Siasatan mendapati kedua-dua kanak-kanak itu merajuk dengan ibu mereka kerana mengambil peranti elektronik.

Whatsapp Image 2023 09 24 At 19.09.22 E1695558219979

Artikel berkaitan: Tular Video Penunggang Motor Rempuh Anggota JPJ Sampai Cedera, Rupanya Tiada Lesen Memandu & Road Tax

Artikel berkaitan: “Asal murid macam bukan dari bumi eh” – Netizen Terhibur Guru Memandu Frust Perangai Student Atas ‘Track’

Ibu kanak-kanak itu dimaklumkan tentang kejadian dan terkejut kerana kereta yang dilaporkan hilang ditemui begitu jauh.

Ibu kanak-kanak itu kemudiannya terpaksa memandu tiga jam untuk mengambil anak-anaknya.

Pejabat Syerif Daerah Alachua berkata, kejadian itu pada lewat malam, Khamis lalu.

“Amat mengejutkan polis melihat seorang pemandu lelaki berusia 10 tahun keluar bersama kakaknya,” katanya.

“Tiada sebab lain untuk menilai kes mereka membabitkan penganiayaan di rumah

“Detektif kami bercakap dengan ibu mereka dengan panjang lebar yang jelas melakukan yang terbaik untuk membesarkan dua anak kecil itu,” katanya.

Kereta sedan putih yang dinaiki dua beradik itu dilaporkan hilang oleh ibu mereka di North Port, Florida, sebuah bandar, kira-kira 320 km dari Alachua.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *