Cinta sememangnya membuatkan orang tak siuman, ada kalanya ia boleh membawa kepada kes jenayah.

Terbaru, dua wanita kini ditahan pihak polis kerana didakwa menampar seorang wanita berusia 19 tahun di Kuala Terengganu gara-gara berebut kekasih.

Menurut laporan Kosmo!, insiden yang berlaku di muara Jambatan Angkat Kuala Terengganu itu terjadi pada 12.46 tengah malam, mangsa membuat laporan selepas mendakwa dirinya ditampar di kedua-dua belah pipi.

Artikel berkaitan: Wanita ‘Break Up’ Dengan Kekasih Hanya Kerana Filem Barbie

Artikel berkaitan: Nak Lari Dari Polis, Pasangan Kekasih ‘Pecut’ Kereta Sampai Langgar Palang Tol Rupanya Positif Dadah

Cats 16

Difahamkan, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek berusia 40 dan 23 tahun tidak berpuas hati dengan mangsa berhubung isu teman lelaki.

“Mangsa membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini pada pukul 4 pagi, Isnin lalu.

Dia kemudiannya menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini,” katanya.

Dalam laporan yang sama, difahamkan kedua-dua suspek itu kemudiannya ditahan di sebuah kedai makan di kawasan bandar raya pada kira-kira jam 2.15 petang kelmarin.

Kedua-dua suspek ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Janganlah bergaduh sebab lelaki…

Baca: Kosmo!

Sumber: Kosmo!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *