Khairy tonton perarakan

Gamatkan Suasana, Khairy Dirakam Tonton Acara Perarakan Bersama Orang Ramai

Personaliti politik dan penyampai radio sensasi, Khairy Jamaluddin kelihatan sedang menonton acara pembarisan bagi sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 di Dataran Putrajaya hari ini.

Kelibat figura tersebut dirakam menerusi salah satu video kiriman pengguna Cik Ana (@anncd85) di laman TikTok.

Dalam video pendek berdurasi 35 saat itu, bekas Ahli Parlimen Rembau itu dilihat sedang berjalan dalam kalangan orang ramai.

Dengan mengenakan gaya kasual iaitu, berbaju t-shirt dan topi berwarna biru gelap, Khairy menarik perhatian pengunjung yang berada di situ.

Walaupun beliau tidak bergiat dalam dunia politik secara aktif buat masa sekarang, rakyat Malaysia masih menghormatinya seperti sebelumnya.

Orang ramai di situ memberikan ruang kepada bekas Menteri Kesihatan itu, untuk memudahkannya berjalan di ruangan yang agak terhad.

“Bagi laluan, KJ nak nak lalu,” kata beberapa pengunjung yang berada di kawasan tersebut.

Mendengar kata-kata tersebut, Khairy Jamaluddin atau lebih mesra dipanggil KJ tersenyum dan beramah mesra bersama pengunjung di sana.

Beliau juga sempat berterima kasih kepada orang ramai, yang sudi memberikan ruang bagi memudahkan pergerakannya.

Ketika ingin meninggalkan kawasan tersebut, salah seorang daripada pengunjung di sana siap meminta Khairy untuk kembali ke tempat itu semula.

“Nanti datang balik tau,” ujar salah seorang lelaki yang turut hadir dalam acara pembarisan terbabit.

@anncd85

Tunggu perbarisan, skali KJ dulu yg lalu😆 #khairijamaludin #merdeka2023 #merdekaputrajaya2023 #fyp #talldarkandhandsome

♬ original sound – 𝓒𝓲𝓴 𝓐𝓷𝓪 – 𝓒𝓲𝓴 𝓐𝓷𝓪

Lebih 100,000 orang ramai hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2023

Terdahulu, lebih 100,000 pengunjung hadir menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2023 anjuran Kerajaan Perpaduan di Dataran Putrajaya hari ini.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkatan segelintir orang awam juga telah mula berkumpul selepas waktu Maghrib semalam. Hal ini disebabkan mereka teruja untuk melihat sendiri acara gilang-gemilang itu.

Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 menzahirkan rasa puas hati dengan kejayaan penganjuran sambutan kemerdekaan negara tahun ini khususnya kelancaran persembahan tarian, perarakan, perbarisan dan pertunjukan udara.

Beliau turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menyumbangkan tenaga dan idea dalam menjayakan perarakan sambutan bersejarah berkenaan.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dalam aksi spontan, luar daripada kebiasaan dan protokol, meluangkan masa kira-kira sejam beramah mesra, bersalaman serta mengambil swafoto dengan peserta perarakan dan pengunjung.

Sementara itu, Fahmi mengajak seluruh rakyat Malaysia agar terus mengibarkan Jalur Gemilang dan menyanyikan lagu-lagu patriotik sehingga sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept di Kuching, Sarawak.

Bertemakan “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”, sambutan melibatkan 17,262 peserta, 67 kontinjen, 36 kumpulan pancaragam, 534 aset darat dan aset udara serta 100 ekor haiwan dalam perkhidmatan.

Perbarisan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini terdiri daripada Kontinjen Kenegaraan, Perpaduan Malaysia MADANI, Ekonomi, Perbankan, Telekomunikasi, Industri Kreatif dan Penyiaran, Sukan Negara, Kesejahteraan dan Keselamatan Negara.

BACA: Ira Kazar Dedah Resepi Buat Sambal Sotong Kegemaran Suaminya, “Nak Lagi Ngam, Letak…”

Sumber: @anncd85 via TikTok

The post Gamatkan Suasana, Khairy Dirakam Tonton Acara Perarakan Bersama Orang Ramai appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *