Kalau korang selalu tengok media sosial, korang mesti pernah tengok video Ain Edruce berlakon video pendek bersama suaminya, Amirul. Namun, reaksi wajah Amirul yang nampak selamba ketika berlakon telah menarik perhatian ramai.

Baru-baru ini, satu klip video pendek memaparkan sesi podcast bersama Ain Edruce, Amirul dan anak mereka, Soraya. Video itu dimuat naik oleh @imyourdaisyyy menerusi laman TikTok.

@imyourdaisyyy

Detik2 pengenalan Ain Edruce & Amirul ✨❤️ Mirul yang start dulu rupanyaaa 😂 cuteeee #ameliahenderson #ainedruce #studiosembang

♬ Lantas (Speed up Song) – Family Affair’s

Amirul yang mengorat Ain Edruce dulu

Menurut Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, mereka berkenalan di Instagram selepas Amirul memuji anting-anting yang dipakainya. Bukan itu sahaja, cara Amirul buat first step boleh dikatakan tidak cliche dan lebih kepada mahu berkenalan.

Artikel berkaitan: Ain Edruce Perjelas Isu Kontroversi Jeritan ‘Kiss’ Ketika Majlis Perkahwinan Janna Nick

Artikel berkaitan: “Jangan bagi mummy and daddy takut dah tau” – Ain Edruce Kongsi Keadaan Terkini Anak Selepas Diserang Sawan

Dia tak adalah mengorat yang gunakan ayat ‘pickup line’ ke apa tau tapi masa itu kalau tak silap saya dia DM di Instagram, ‘Cantik subang yang awak pakai itu’

Walaupun kita tak berapa kenal tapi saya tertarik untuk melayan sebab dalam banyak jejaka yang DM saya, Amirul saja yang tak mengorat tau.

Oleh sebab itu, firasat Ain mahu mengenal Amirul dengan lebih mendalam.

Ain blind date dengan budak rempit?

Pada ketika itu, mereka selalu berbalas mesej, namun profil Instagram Amirul yang masih dalam mod private telah menyukarkan Ain untuk melihat gambar Amirul. Walau bagaimanapun, mereka telah bersetuju untuk keluar makan malam bersama-sama di salah sebuah restoran yang terletak di Kuala Lumpur.

Lepas itu kami pun decide untuk ‘blind date’ sebab saya tak pernah tengok muka dia, IG dia pun ‘private kan? Tapi masa pertama kali jumpa itu, saya terus nak ‘reject’ dia.

Ain berkata, Amirul pada ketika itu hanya memakai topi, baju hoodies, seluar pendek dan selipar. Ia membuatkan Ain terkejut sehingga tak percaya dengan blind date. Akhirnya, mereka berkahwin juga pada tahun 2019.

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen memuji cara Amirul mengorat Ain ketika dahulu.

Ain 1 Ain 2

Kelakar ye Amirul ni lagi-lagi bila korang tengok dia berlakon dengan Ain!

Sumber: TikTok

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *