Kisah perkahwinan pengarah terkemuka tempatan Syamsul Yusof dan isteri barunya Faghirah Fatini binti Kazaruddin atau lebih dikenali sebagai Ira Kazar menjadi perhatian ramai.

Walaupun terpalit dengan beberapa kontroversi, Ira Kazar dilihat semakin tenang dan bahagia dalam rumah tangganya, terbaru dia berkongsi resepi sambal sotong kegemaran suaminya itu di Instagram miliknya.

“Favourite suamiku” 

Cats 76

Melalui IG Story, Ira berkongsi resepi yang kelihatan simple dan mudah untuk disediakan, malah anak kepada pelakon terkenal Kazar Saisi itu turut memberikan tips dalam menyediakan juadah tersebut.

“Sotong saya rebus dulu selama beberapa minit dengan asam keping supaya tak kecut dan hilangkan bau hanyir.

Masak cili merah merah sampai pecah minyak dulu kemudian masukkan la bahan-bahan lain semua.

Apa yang saya belajar, kalau nak kuah pekat, masak sambal tu lama-lama, guna api medium saja,” tulisnya.

Sebelum ini, Ira turut pernah berkongsi beberapa resepi lain seperti sotong tumis serta bubur somsom yang mendapat pujian ramai.

Sebagai info, Syamsul Yusof mengeluarkan satu pengumuman mengejutkan di Instagram apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira pada 6 Januari lalu di Thailand semasa masih lagi bersama pelakon terkenal, Puteri Sarah.

Nampak sedap lah…

Baca: “Takde modal ke?” –  Gara-gara ‘Share’ Gambar Tomato Di TikTok, Ira Kazar Berbalah Dengan Netizen?

Ira Kazar Berbalah Komen

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *