Faisal Halim mahu hadiahkan

Faisal Halim Mahu Hadiahkan Derrick Gan Sebuah Motosikal

Kisah Derrick Gan menjual motosikalnya demi mengumpul dana ke Qatar untuk menyokong Harimau Malaya di pentas Piala Asia masih menjadi bualan ramai.

Lensa kamera yang merakam wajahnya menangis gembira ketika meraikan jaringan Malaysia ketika menentang Korea Selatan masih lagi trending di media sosial.

Terbaru, kisah tersebut turut menarik perhatian Faisal Halim dan Blast Active.

Menurut IG Story Faisal Halim, tujuan dia dan Blast Active mencari Derrick Gan adalah untuk menghadiahkan pemuda tersebut sebuah motosikal baharu.

“Blast Active dan Faisal Halim mencari insan ini untuk kami berikan motor baru kepada beliau. Siapa yang ada nombor beliau, mesej saya.

“Dia sampai je KL (Kuala Lumpur) nak kasi motor terus,” tulis perkongsian muat naik tersebut.

Bagaimanapun, model motosikal yang mahu diberikan tidak didedahkan, baik oleh Faisal Halim ataupun Blast Active.

Terdahulu, Derrick menjadi tular di media sosial selepas reaksi menangis beliau sewaktu menentang Korea Selatan dikongsikan oleh ramai pengguna.

Bahkan, demi menyokong skuad kebangsaan, beliau sanggup menjual motosikal LC milikinya pada hujung Disember lalu untuk pergi ke Qatar.

Beliau telah mengiklankan berkenaan jualan motosikal tersebut di Facebook miliknya pada 28 Disember lalu.

“Mencari dana ke Qatar. Tumpang lalu adik nak lepaskan motor demi negara tercinta,” tulis Derrick menerusi hantaran tersebut.

Menurut Derrick, dia sanggup untuk menjual motosikalnya itu demi memberikan sokongan padu kepada Harimau Malaya yang sedang berentap di perlawanan besar.

“Kejohanan besar pertama dalam sejarah Malaysia!” tulis Derrick yang teruja untuk menyaksikan Malaysia di Piala Asia.

Malaysia berjaya ikat Korea Selatan 3-3

Dalam perlawanan yang berlangsung semalam antara Malaysia menentang Korea Selatan, skuad kebangsaan berjaya mengikat Taeguk Warrior dengan keputusan seri.

Meskipun tidak dapat layak ke pusinga 16 terbaik, ternyata keputusan itu telah berjaya mengubat duka ekor Harimau Malaya selepas dua perlawanan awal yang sedikit suram.

Anak didik Kim Pan Gon itu berjaya memberikan saingan yang sengit kepada Korea Selatan sepanjang perlawanan tersebut.

Jaringan saat akhir oleh Romel Morales menjadi momen membanggakan yang tidak akan dilupakan oleh rakyat Malaysia.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Sumber: Instagram/Faisal Halim

The post Faisal Halim Mahu Hadiahkan Derrick Gan Sebuah Motosikal appeared first on Siakap Keli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *